Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Teknik Terhadap Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual dalam Matematik Tambahan
Pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual adalah satu pendekatan yang dapat memupuk pelajar membina konsep dan menguasai kemahiran bagi sesuatu pelajaran kerana ia memberikan konteks pengalaman kehidupan seharian serta kerjaya secara konkrit kepada pelajar-pelajar. Justeru itu, Jabatan Pendi...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2003
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/318/1/549551_T_FPP_2003_23.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/318/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual adalah satu pendekatan yang dapat
memupuk pelajar membina konsep dan menguasai kemahiran bagi sesuatu pelajaran
kerana ia memberikan konteks pengalaman kehidupan seharian serta kerjaya secara
konkrit kepada pelajar-pelajar. Justeru itu, Jabatan Pendidikan Teknikal (JPT) telah
memperkenalkan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual kepada semua
pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT) khususnya untuk pelajaran Matematik
Tambahan (MT) mulai tahun 1999. Sehubungan dengan pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran secara kontekstual, kajian dijalankan untuk mengenal pasti persepsi
pelajar SMT terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik
Tambahan secara kontekstual khususnya untuk 1) mengenal pasti persepsi pelajar
terhadap lima aspek dalam pembelajaran secara kontekstual (PSK); 2) mengenal pasti
persepsi pelajar terhadap pelaksanaan empat fasa pengajaran secara kontekstual; dan
3) mengkaji sama ada terdapat perbezaan persepsi pelajar terhadap PSK berdasarkan jenis kursus yang diikuti. Untuk tujuan ini seramai 206 pelajar Aliran
Teknik dan enam orang guru MT dari SMT telah dipilih sebagai responden kajian.
Soal selidik dalam bentuk skala Likert 4-mata dibina oleh penyelidik telah digunakan
untuk mendapat maklumat tentang persepsi pelajar dan guru terhadap pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Data yang diperolehi telah dianalisis
dengan menggunakan perisian SPSS.
Hasil kajian menunjukkan persepsi pelajar SMT terhadap PSK bagi aspek-aspek
menghubungkait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan
pembelajaran dalam MT secara keseluruhan adalah positif dengan min sebanyak 2.71.
Antara kelima-lima aspek PSK tersebut, persepsi yang paling positif adalah bagi
aspek bekerjasama, khususnya memberikan kebaikan dari segi interaksi di antara
semua pelajar dan juga memperolehi kemahiran interpersonal. Di antara fasa
pengajaran yang paling kerap dilaksanakan ialah fasa mengimbas kembali,
menunjukkan guru banyak menerapkan pengajaran secara kontekstual dalam fasa ini.
Analisis ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min
persepsi terhadap PSK secara keseluruhan berdasarkan kursus yang diikuti oleh
pelajar, F(3,202)=5.03, p<.05. Kajian ini menunjukkan min persepsi bagi pelajar
mengikuti kursus PKEE adalah positif iaitu 2.78, begitu juga bagi PKA sebanyak
2.77, manakala PKJ sebanyak 2.68 dan Perdagangan sebanyak 2.57. Berdasarkan
ujian perbandingan pelbagai ‘Scheffe’ pula, persepsi pelajar dari kursus PKEE
didapati paling positif berbanding dengan pelajar yang mengikuti kursus lain. Ini
menunjukkan bahawa PSK memberi impak yang positif bagi kumpulan ini.Dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai sumber untuk merancang dan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti untuk pelajaran MT.
Dapatan juga menunjukkan kesan positif daripada PSK, khususnya bagi aspek belajar
bekerjasama dan mengalami yang boleh dipraktikkan di dalam konteks pembelajaran
seharian para pelajar. Aspek-aspek ini harusnya diterapkan bagi meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran di SMT. |
---|