Pengaruh kematangan biologi terhadap prestasi motor dalam pemilihan atlet remaja di Malaysia

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan pengaruh kematangan biologi(KB) terhadap prestasi motor dalam pemilihan atlet remaja di Malaysia.Pengaruh KB terhadap prestasi motor ditentukan dengan membanding skor prestasi motor (lompat jauh berdiri, bangkit tubi, lari ulang-alik, duduk dan jangkau, lar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ujang, Aris Fazil
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31643/1/FPP%202012%2010R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31643/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.31643
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.316432015-02-04T04:44:54Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31643/ Pengaruh kematangan biologi terhadap prestasi motor dalam pemilihan atlet remaja di Malaysia Ujang, Aris Fazil Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan pengaruh kematangan biologi(KB) terhadap prestasi motor dalam pemilihan atlet remaja di Malaysia.Pengaruh KB terhadap prestasi motor ditentukan dengan membanding skor prestasi motor (lompat jauh berdiri, bangkit tubi, lari ulang-alik, duduk dan jangkau, lari pecut 10 dan 30 meter, tekan tubi dan ujian bleep) antara murid terpilih dan murid tidak terpilih. Status KB dianggar berdasarkan peratus ramalan tinggi dewasa yang diperoleh menggunakan kaedah tidak invasif oleh Khamis dan Roche (1994). Kajian berbentuk cross-sectional ini melibatkan 840 subjek lelaki (n=528) dann perempuan (n=312) yang dikategorikan kepada lima kumpulan umur (13 tahun, 14 tahun, 15 tahun, 16 tahun, 17 tahun). Sebagai tambahan, beberapa pemboleh ubah (tinggi, berat, tinggi duduk, peratus tinggi duduk tinggi berdiri, panjang depa tangan, peratus lemak badan, jisim lemak badan, jisim bebas lemak, amalan aktiviti fizikal, masa latihan, pendapatan keluarga, lokasi kediaman) diukur dan diperoleh bagi mengawal perbezaan yang wujud antara subjek bagi penganalisisan data. Semua ujian dan pengukuran dijalankan berdasarkan prosedur pengukuran piawai. Analisis statistik dijalankan secara berasingan berdasarkan jantina dan kumpulan umur kerana terdapat perbezaan signifikan antara jantina dan kumpulan umur bagi semua pemboleh ubah kajian. Analisis deskriptif menunjukkan bilangan murid lelaki matang awal lebih ramai dalam kumpulan terpilih bagi setiap kumpulan umur. Sebaliknya, bilangan perempuan matang awal lebih ramai dalam kumpulan tidak terpilih bagi umur 13 tahun, 16 tahun dan 17 tahun. Bilangan perempuan matang lewat lebih ramai dalam kumpulan terpilih bagi umur 16 tahun dan 17 tahun. MANOVA menunjukkan perbezaan signifikan (p<0.05) bagi prestasi motor antara murid terpilih dan murid tidak terpilih bagi setiap kumpulan umur. Berdasarkan MANCOVA, faktor kematangan mempengaruhi prestasi motor lelaki 13 tahun dan lelaki 14 setelah dikawal ciri-ciri antropometri, kondisi sosial, masa latihan dan amalan aktiviti fizikal. Hasil analisis menunjukkan prestasi motor yang berbeza antara murid terpilih dan murid tidak terpilih pada umur 13 tahun, tidak lagi berbeza dan berkurangan pada umur yang lebih tinggi. Begitu juga yang ditunjukkan oleh analisis diskriminan bagi kuasa meramal dan peratus murid yang diklasifikasikan dalam kumpulan terpilih semakin menurun pada peringkat umur yang tinggi terutama bagi lelaki. Fenomena ini menunjukkan terdapat faktor yang tidak dipertimbangkan dalam proses awal pemilihan. Berdasarkan analisis diskriminan, bagi kumpulan umur 13 tahun, ketangkasan, kelenturan, pecutan, daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular adalah komponen prestasi motor yang berupaya mengasingkan antara murid terpilih dan murid tidak terpilih manakala bagi perempuan adalah kuasa, kekuatan otot,ketangkasan, kelenturan, pecutan, daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular. Kajian ini mencadangkan umur pemilihan bagi atlet remaja adalah 15 tahun terutama bagi lelaki. Pemilihan yang melibatkan remaja berumur di bawah 15 tahun perlu mengambil kira faktor kematangan remaja tersebut. Relatif kejayaan ramalan yang lebih tinggi bagi program pemilihan atlet remaja perlu mengambil kira proses kematangan dan tumbesaran kanak-kanak dan remaja. Usaha ini akan memberi peluang yang sama kepada kanak-kanak dan remaja yang lewat matang dalam proses pemilihan atlet remaja bagi program pembangunan sukan negara. 2012-04 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31643/1/FPP%202012%2010R.pdf Ujang, Aris Fazil (2012) Pengaruh kematangan biologi terhadap prestasi motor dalam pemilihan atlet remaja di Malaysia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
description Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan pengaruh kematangan biologi(KB) terhadap prestasi motor dalam pemilihan atlet remaja di Malaysia.Pengaruh KB terhadap prestasi motor ditentukan dengan membanding skor prestasi motor (lompat jauh berdiri, bangkit tubi, lari ulang-alik, duduk dan jangkau, lari pecut 10 dan 30 meter, tekan tubi dan ujian bleep) antara murid terpilih dan murid tidak terpilih. Status KB dianggar berdasarkan peratus ramalan tinggi dewasa yang diperoleh menggunakan kaedah tidak invasif oleh Khamis dan Roche (1994). Kajian berbentuk cross-sectional ini melibatkan 840 subjek lelaki (n=528) dann perempuan (n=312) yang dikategorikan kepada lima kumpulan umur (13 tahun, 14 tahun, 15 tahun, 16 tahun, 17 tahun). Sebagai tambahan, beberapa pemboleh ubah (tinggi, berat, tinggi duduk, peratus tinggi duduk tinggi berdiri, panjang depa tangan, peratus lemak badan, jisim lemak badan, jisim bebas lemak, amalan aktiviti fizikal, masa latihan, pendapatan keluarga, lokasi kediaman) diukur dan diperoleh bagi mengawal perbezaan yang wujud antara subjek bagi penganalisisan data. Semua ujian dan pengukuran dijalankan berdasarkan prosedur pengukuran piawai. Analisis statistik dijalankan secara berasingan berdasarkan jantina dan kumpulan umur kerana terdapat perbezaan signifikan antara jantina dan kumpulan umur bagi semua pemboleh ubah kajian. Analisis deskriptif menunjukkan bilangan murid lelaki matang awal lebih ramai dalam kumpulan terpilih bagi setiap kumpulan umur. Sebaliknya, bilangan perempuan matang awal lebih ramai dalam kumpulan tidak terpilih bagi umur 13 tahun, 16 tahun dan 17 tahun. Bilangan perempuan matang lewat lebih ramai dalam kumpulan terpilih bagi umur 16 tahun dan 17 tahun. MANOVA menunjukkan perbezaan signifikan (p<0.05) bagi prestasi motor antara murid terpilih dan murid tidak terpilih bagi setiap kumpulan umur. Berdasarkan MANCOVA, faktor kematangan mempengaruhi prestasi motor lelaki 13 tahun dan lelaki 14 setelah dikawal ciri-ciri antropometri, kondisi sosial, masa latihan dan amalan aktiviti fizikal. Hasil analisis menunjukkan prestasi motor yang berbeza antara murid terpilih dan murid tidak terpilih pada umur 13 tahun, tidak lagi berbeza dan berkurangan pada umur yang lebih tinggi. Begitu juga yang ditunjukkan oleh analisis diskriminan bagi kuasa meramal dan peratus murid yang diklasifikasikan dalam kumpulan terpilih semakin menurun pada peringkat umur yang tinggi terutama bagi lelaki. Fenomena ini menunjukkan terdapat faktor yang tidak dipertimbangkan dalam proses awal pemilihan. Berdasarkan analisis diskriminan, bagi kumpulan umur 13 tahun, ketangkasan, kelenturan, pecutan, daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular adalah komponen prestasi motor yang berupaya mengasingkan antara murid terpilih dan murid tidak terpilih manakala bagi perempuan adalah kuasa, kekuatan otot,ketangkasan, kelenturan, pecutan, daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular. Kajian ini mencadangkan umur pemilihan bagi atlet remaja adalah 15 tahun terutama bagi lelaki. Pemilihan yang melibatkan remaja berumur di bawah 15 tahun perlu mengambil kira faktor kematangan remaja tersebut. Relatif kejayaan ramalan yang lebih tinggi bagi program pemilihan atlet remaja perlu mengambil kira proses kematangan dan tumbesaran kanak-kanak dan remaja. Usaha ini akan memberi peluang yang sama kepada kanak-kanak dan remaja yang lewat matang dalam proses pemilihan atlet remaja bagi program pembangunan sukan negara.
format Thesis
author Ujang, Aris Fazil
spellingShingle Ujang, Aris Fazil
Pengaruh kematangan biologi terhadap prestasi motor dalam pemilihan atlet remaja di Malaysia
author_facet Ujang, Aris Fazil
author_sort Ujang, Aris Fazil
title Pengaruh kematangan biologi terhadap prestasi motor dalam pemilihan atlet remaja di Malaysia
title_short Pengaruh kematangan biologi terhadap prestasi motor dalam pemilihan atlet remaja di Malaysia
title_full Pengaruh kematangan biologi terhadap prestasi motor dalam pemilihan atlet remaja di Malaysia
title_fullStr Pengaruh kematangan biologi terhadap prestasi motor dalam pemilihan atlet remaja di Malaysia
title_full_unstemmed Pengaruh kematangan biologi terhadap prestasi motor dalam pemilihan atlet remaja di Malaysia
title_sort pengaruh kematangan biologi terhadap prestasi motor dalam pemilihan atlet remaja di malaysia
publishDate 2012
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31643/1/FPP%202012%2010R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31643/
_version_ 1643830381757071360
score 13.211869