Jati diri Melayu dalam kumpulan puisi pilihan A. Aziz Deraman

Kajian ini merupakan satu analisis tentang jati diri Melayu dalam kumpulan puisi pilihan A. Aziz Deraman iaitu Kau dan Aku (1994), Bahtera Madani (2001), Gapura Diri (2002), Bicara Kasih (2004), Zaman Baru (2006) dan Mahligai Kencana (2009). Jati diri Melayu merupakan elemen yang terpenting kerana d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kamarudin, Syaidul Azam
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27352/1/FBMK%202011%2056R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27352/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.27352
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.273522014-02-28T00:50:53Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27352/ Jati diri Melayu dalam kumpulan puisi pilihan A. Aziz Deraman Kamarudin, Syaidul Azam Kajian ini merupakan satu analisis tentang jati diri Melayu dalam kumpulan puisi pilihan A. Aziz Deraman iaitu Kau dan Aku (1994), Bahtera Madani (2001), Gapura Diri (2002), Bicara Kasih (2004), Zaman Baru (2006) dan Mahligai Kencana (2009). Jati diri Melayu merupakan elemen yang terpenting kerana di dalamnya terkandung khazanah bangsa yang harus dipertahankan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Dalam konteks pembangunan dan pemantapan jati diri masyarakat Melayu kajian ini adalah penting kerana melalui pemahaman jati diri yang mantap akan terpancar ketatasusilaan, kebijaksanaan, ketaatan, akhlak dan pekerti bangsa Melayu yang telah diwarisi sejak zaman berzaman. Hal ini wajar diberi perhatian yang serius terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi yang dikatakan mampu mengubah jati diri sesuatu bangsa. Hasil penelitian kajian-kajian lepas rata-rata menyentuh unsur-unsur jati diri. Namun penerokaan aspek jati diri Melayu secara khusus dalam kumpulan puisi pilihan A. Aziz Deraman masih belum diusahakan dengan lebih mendalam. Pengkaji melihat bahawa hasil sastera Melayu seperti ini haruslah dikaji, dinilai, difahami dan dibongkar maknanya kerana bermanfaat untuk masyarakat. Teori Pengkaedahan Melayu janaan Hashim Awang memperkenalkan dua pengkaedahan iaitu Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan. Kedua-dua pengkaedahan utama ini turut memperlihatkan pertalian dan perkaitan antara satu sama lain. Dua objektif kajian adalah pertama, mengenalpasti dan menganalisis jati diri Melayu dalam puisi-puisi A. Aziz Deraman dari sudut teori Pengkaedahan Melayu. Kedua, mengutarakan faktor-faktor yang membantu pencitraan jati diri Melayu dalam puisipuisi A. Aziz Deraman. Teori Pengkaedahan Melayu telah diaplikasikan untuk mengenalpasti dan menganalisis jati diri Melayu yang terdapat dalam kumpulan puisi karya A. Aziz Deraman. Hasil dapatan menunjukkan puisi-puisi A. Aziz Deraman jelas mengutarakan jati diri Melayu. Ini dapat dikenalpasti melalui pemaparan dan pandangan penyair terhadap jati diri Melayu dalam aspek bahasa dan sastera Melayu, jati diri Melayu dalam aspek keagamaan dan jati diri Melayu dalam aspek kebudayaan Melayu. Ketiga-tiga teras jati diri Melayu dalam puisi-puisi A. Aziz Deraman ini menggambarkan pemahaman dan kesedaran A. Aziz Deraman tentang aspek jati diri Melayu yang harus kekal wujud dalam dirinya sekali gus sebagai pembinaan bangsa Melayu. Penganalisisan terhadap puisi-puisi A. Aziz Deraman membuktikan bahawa faktor-faktor yang dijana dari dalam diri penyair seperti iltizam yang padu, minat yang mendalam, pendirian penyair yang teguh dan disebatikan dengan keyakinan Islam digembleng dengan faktor-faktor lain seperti kepelbagaian pengalaman, latar pendidikan, pemerhatian dan renungan, institusi kekeluargaan yang mesra, peningkatan usia, kembara penyair, serta keterlibatan secara langsung dalam institusi seni, budaya, bahasa dan sastera menjadi faktor utama kepada pencetus kelahiran puisi-puisinya yang jelas mencitrakan jati diri Melayunya. Kajian juga mendapati bahawa ketulenan jati diri kemelayuan yang dimiliki oleh A. Aziz Deraman yang terpancar melalui puisi- puisinya dapat berperanan sebagai pengiktibaran dan peringatan, penyampai nasihat, membawa kemanfaatan dan menemukan kemuafakatan kepada masyarakat berlandaskan kepada ajaran dan etika Islam yang menjadi jalinan prinsip penting dalam Pengkaedahan Melayu. Sekali gus mencirikan kepenyairannya yang mempunyai jati diri kemelayuan yang mantap. Oleh yang demikian, pengkajian jati diri Melayu dalam puisi-puisi beliau adalah relevan untuk kepentingan masyarakat, bangsa dan negara pada masa kini dan akan datang. 2011-10 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27352/1/FBMK%202011%2056R.pdf Kamarudin, Syaidul Azam (2011) Jati diri Melayu dalam kumpulan puisi pilihan A. Aziz Deraman. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Malay
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
Malay
description Kajian ini merupakan satu analisis tentang jati diri Melayu dalam kumpulan puisi pilihan A. Aziz Deraman iaitu Kau dan Aku (1994), Bahtera Madani (2001), Gapura Diri (2002), Bicara Kasih (2004), Zaman Baru (2006) dan Mahligai Kencana (2009). Jati diri Melayu merupakan elemen yang terpenting kerana di dalamnya terkandung khazanah bangsa yang harus dipertahankan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Dalam konteks pembangunan dan pemantapan jati diri masyarakat Melayu kajian ini adalah penting kerana melalui pemahaman jati diri yang mantap akan terpancar ketatasusilaan, kebijaksanaan, ketaatan, akhlak dan pekerti bangsa Melayu yang telah diwarisi sejak zaman berzaman. Hal ini wajar diberi perhatian yang serius terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi yang dikatakan mampu mengubah jati diri sesuatu bangsa. Hasil penelitian kajian-kajian lepas rata-rata menyentuh unsur-unsur jati diri. Namun penerokaan aspek jati diri Melayu secara khusus dalam kumpulan puisi pilihan A. Aziz Deraman masih belum diusahakan dengan lebih mendalam. Pengkaji melihat bahawa hasil sastera Melayu seperti ini haruslah dikaji, dinilai, difahami dan dibongkar maknanya kerana bermanfaat untuk masyarakat. Teori Pengkaedahan Melayu janaan Hashim Awang memperkenalkan dua pengkaedahan iaitu Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan. Kedua-dua pengkaedahan utama ini turut memperlihatkan pertalian dan perkaitan antara satu sama lain. Dua objektif kajian adalah pertama, mengenalpasti dan menganalisis jati diri Melayu dalam puisi-puisi A. Aziz Deraman dari sudut teori Pengkaedahan Melayu. Kedua, mengutarakan faktor-faktor yang membantu pencitraan jati diri Melayu dalam puisipuisi A. Aziz Deraman. Teori Pengkaedahan Melayu telah diaplikasikan untuk mengenalpasti dan menganalisis jati diri Melayu yang terdapat dalam kumpulan puisi karya A. Aziz Deraman. Hasil dapatan menunjukkan puisi-puisi A. Aziz Deraman jelas mengutarakan jati diri Melayu. Ini dapat dikenalpasti melalui pemaparan dan pandangan penyair terhadap jati diri Melayu dalam aspek bahasa dan sastera Melayu, jati diri Melayu dalam aspek keagamaan dan jati diri Melayu dalam aspek kebudayaan Melayu. Ketiga-tiga teras jati diri Melayu dalam puisi-puisi A. Aziz Deraman ini menggambarkan pemahaman dan kesedaran A. Aziz Deraman tentang aspek jati diri Melayu yang harus kekal wujud dalam dirinya sekali gus sebagai pembinaan bangsa Melayu. Penganalisisan terhadap puisi-puisi A. Aziz Deraman membuktikan bahawa faktor-faktor yang dijana dari dalam diri penyair seperti iltizam yang padu, minat yang mendalam, pendirian penyair yang teguh dan disebatikan dengan keyakinan Islam digembleng dengan faktor-faktor lain seperti kepelbagaian pengalaman, latar pendidikan, pemerhatian dan renungan, institusi kekeluargaan yang mesra, peningkatan usia, kembara penyair, serta keterlibatan secara langsung dalam institusi seni, budaya, bahasa dan sastera menjadi faktor utama kepada pencetus kelahiran puisi-puisinya yang jelas mencitrakan jati diri Melayunya. Kajian juga mendapati bahawa ketulenan jati diri kemelayuan yang dimiliki oleh A. Aziz Deraman yang terpancar melalui puisi- puisinya dapat berperanan sebagai pengiktibaran dan peringatan, penyampai nasihat, membawa kemanfaatan dan menemukan kemuafakatan kepada masyarakat berlandaskan kepada ajaran dan etika Islam yang menjadi jalinan prinsip penting dalam Pengkaedahan Melayu. Sekali gus mencirikan kepenyairannya yang mempunyai jati diri kemelayuan yang mantap. Oleh yang demikian, pengkajian jati diri Melayu dalam puisi-puisi beliau adalah relevan untuk kepentingan masyarakat, bangsa dan negara pada masa kini dan akan datang.
format Thesis
author Kamarudin, Syaidul Azam
spellingShingle Kamarudin, Syaidul Azam
Jati diri Melayu dalam kumpulan puisi pilihan A. Aziz Deraman
author_facet Kamarudin, Syaidul Azam
author_sort Kamarudin, Syaidul Azam
title Jati diri Melayu dalam kumpulan puisi pilihan A. Aziz Deraman
title_short Jati diri Melayu dalam kumpulan puisi pilihan A. Aziz Deraman
title_full Jati diri Melayu dalam kumpulan puisi pilihan A. Aziz Deraman
title_fullStr Jati diri Melayu dalam kumpulan puisi pilihan A. Aziz Deraman
title_full_unstemmed Jati diri Melayu dalam kumpulan puisi pilihan A. Aziz Deraman
title_sort jati diri melayu dalam kumpulan puisi pilihan a. aziz deraman
publishDate 2011
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27352/1/FBMK%202011%2056R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27352/
_version_ 1643829159378550784
score 13.211869