Pembelajaran kolaboratif: bekerja sebagai "satu kumpulan" atau "bekerja dalam kumpulan"?
Pembelajaran kolaboratif adalah satu proses yang menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan secara langsung atau secara berurutan dengan beberapa orang rakan pelajar yang lain. Pembelajaran ini menekankan kepada konsep bahawa "setiap pelajar belajar dari pelajar yang lain...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2007
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20529/1/ID%2020529.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20529/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembelajaran kolaboratif adalah satu proses yang menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan secara langsung atau secara berurutan dengan beberapa orang rakan pelajar yang lain. Pembelajaran ini menekankan kepada konsep bahawa "setiap pelajar belajar dari pelajar yang lain." Justeru, ia menggalakkan pelajar untuk menyumbang idea dan buah fikiran serta menghargai idea dan buah fikiran orang lain. Dasar pembelajaran kolaboratif ini membenarkan pelajar memegang peranan sebagai "knowledge provider" di mana pengetahuan itu dapat dikongsi dengan rakan dan pengajar agar sesuatu pengetahuan itu dapat difahami dari perspektif yang lebih luas dan mendalam. Disamping itu, pendekatan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam konteks sebenar atau konteks yang kompleks. Satu faktor yang dominan bagi kejayaan sesuatu pembelajaran kolaboratif ialah interaksi sosial antara pelajar dalam kumpulan. Interaksi sosial yang berkesan akan mewujudkan struktur afektif yang bercirikan hubungan sosial, kesepaduan sosial dan rasa tanggungjawab terhadap komuniti. Ketiga-tiga ciri ini merupakan atribut ruang sosial yang membenarkan komunikasi berlaku secara terbuka serta memanfaatkan aktiviti kolaboratif dan perkongsian maklumat penting. Kajian ini berlujuan meninjau persepsi pelajar kursus Teknologi Pendidikan di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia terhadap interaksi sosial dalam suasana pembelajaran kolaboratif. |
---|