Penilaian pelaksanaan Skim Book Plan

Skim Book Plan diwujudkan di Universiti Putra Malaysia dengan tujuan untuk memudahkan pelajar baharu mengikuti program pengajian seawal pada semester pertama di universiti. Objektif utama skim ini adalah untuk (1) menyokong pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student-Centered learning...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Konting, Mohd Majid, Ahmad, Mansor, Ghozali, Nor Edrin Adlina, Abd. Salam, Muhammad Asrul, Ismail, Ikhwan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2007
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20276/1/ID%2020276.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20276/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Skim Book Plan diwujudkan di Universiti Putra Malaysia dengan tujuan untuk memudahkan pelajar baharu mengikuti program pengajian seawal pada semester pertama di universiti. Objektif utama skim ini adalah untuk (1) menyokong pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student-Centered learning - SCl) yang mana pelajar terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, (2) menggalakkan budaya membeli buku asli, dan (3) menerap kesedaran, pengiktirafan dan pemeliharaan kepentingan harla intelek para i1muan dalam kalangan pelajar. Pelaksanaan skim ini melibatkan pelbagai pihak sebagai pengurus, pelaksana dan penjual buku serla bahan pembelajaran. Skim ini telah memasuki tahun keliga pelaksanaannya pada sesi pengajian 2007/08. Namun belum ada kajian yang menyeluruh bagi mengesan kepuasan pelanggan dan keberkesanannya. Kerlas ini membincangkan penggubalan satu soal selidik bagi mendapatkan pandangan pelajar terhadap pelaksanaan Skim Book Plan. Soal selidik berskala lima (5) mata mengandungi 30 item dengan indeks kebolehpercayaan 0.78 digubal berdasarkan lima (5) domain skim ini iaitu objektif skim, pengurusan skim, pelaksanaan di peringkat koperasi, pelaksanaan di perjngkat fakulti dan kepuasan pelanggan. Soal selidik ini diedarkan kepada pelajar yang mengikuti skim ini pada Semester Pertama 2007108 daripada 15 program bacelor daripada lima (5) fakulti. Dapatan darjpada 1,211 pelajar tersebut menunjukkan mereka agak bersetuju (min = 2.70) dengan pelaksanaan skim. Perincian dapatan serta cadangan penambahbaikan dibincangkan dalam kertas ini.