Penggunaan video dalam pembangunan pertanian : antara realiti dan harapan

Kajian ini melihat bagaimana video digunakan oleh pegawai agensi pembangunan pertanian dalam menyebarkan pengetahuan dan kemahiran pertanian kepada petani. Responden kajian adalah terdiri dari 146 orang pegawai pembangunan pertanian dari enam agensi pembangunan pertanian yang berhubung terus dengan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hassan, Md. Salleh, Abu Hassan, Musa
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 1996
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19991/1/ID%2019991.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19991/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini melihat bagaimana video digunakan oleh pegawai agensi pembangunan pertanian dalam menyebarkan pengetahuan dan kemahiran pertanian kepada petani. Responden kajian adalah terdiri dari 146 orang pegawai pembangunan pertanian dari enam agensi pembangunan pertanian yang berhubung terus dengan petani.Hasil kajian menunjukkan kebanyakkan responden tidak pernah menggunakan video dalam tugas mereka. Walau bagaimanapun mereka menganggap video sebagai media yang paling berkesan untuk menyebarkan pengetahuan dan kemahiran di kalangan petani. Bagi kalangan pegawai yang ada menggunakan video dalam tugas mereka kaedah yang paling kerap digunakan ialah dengan menunjukkan video diikuti oleh penerangan dan perbincanganbersama petani. Kaedah penggunaan video secara berperingkat-peringkat iaitu pertunjukkan video diberhentikan di tempat-tempat tertentu dan diadakan penerangan dan perbincangan di tempat-tempat berkenaan.Bagi meningkatkan penggunaan video untuk penyebaran pengetahuan dan kemahiran pertanian di kalangan petani beberapa langkah perlu diambil. Di antaranya ialah membekalkan peralatan video di setiap kawasan,memberikan latihan penggunaan video kepada pegawai dan menerbitkan lebih banyak video teknikal pertanian yang memberikan maklumat yang jelas,tepat dan terkini.