Pengaruh Bahasa Melayu dalam Strategi Komunikasi Penulisan Bahasa Perancis

Kajian ini merupakan suatu analisis pengaruh bahasa Melayu dalam strategi komunikasi tulisan pelajar kemahiran bahasa Perancis sebagai bahasa asing. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat persepsi pelajar Melayu yang mengambil mata pelajaran bahasa Perancis tentang strategi komunikasi tulisan yang m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Halim, Hazlina
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19418/1/FBMK_2011_3_F.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19418/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini merupakan suatu analisis pengaruh bahasa Melayu dalam strategi komunikasi tulisan pelajar kemahiran bahasa Perancis sebagai bahasa asing. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat persepsi pelajar Melayu yang mengambil mata pelajaran bahasa Perancis tentang strategi komunikasi tulisan yang mereka digunakan, mengkelaskan strategi yang digunakan mengikut taksonomi komunikasi tulisan dengan mengadaptasikan kerangka teori Strategi Komunikasi Dörnyei (1995) dan menghuraikan pengaruh bahasa Melayu dalam strategi komunikasi tulisan yang digunakan. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif dalam menganalisis data daripada soal-selidik yang terdiri dari tiga bahagian dan satu aktiviti penulisan yang berbentuk skrip dialog oleh 50 responden Melayu selepas 100 jam pembelajaran bahasa Perancis. Dapatan soal selidik secara keseluruhannya menunjukkan pelajar Melayu mempunyai persepsi yang mereka tidak kerap menggunakan strategi komunikasi tulisan dalam penulisan bahasa Perancis mereka. Namun, ia berlawanan dengan dapatan daripada aktiviti penulisan pelajar tersebut, yang mendapati strategi komunikasi banyak digunakan, dengan terdapatnya 505 daripada ayat yang dibina mengandungi keseluruhan 846 elemen strategi komunikasi. Strategi yang paling dominan adalah terjemahan literal (28%), penukaran kod (14%) dan penghuraian (13%). Daripada penelitian yang dilakukan ke atas penggunaan strategi komunikasi oleh pelajar, didapati pengaruh bahasa Melayu memainkan impak yang besar dalam strategi yang digunakan. Pengaruh tersebut dapat dikesan pada strategi komunikasi pada peringkat penggunaan artikel, kata nama, kata sifat dan preposisi. Berdasarkan penemuan strategi komunikasi tulisan ini, pengkaji telah mencadangkan beberapa saranan yang memberi impak pedagogi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Perancis di Malaysia, kepada pihak guru, pelajar dan kementerian.