Manfaat ilmu untuk kebaikan masyarakat
SERDANG, 17 Okt – Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Tan Sri Rozali Ismail menyeru semua graduan dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh di universiti untuk berkhidmat kepada masyarakat. Beliau berkata, graduan seharusnya menempatkan diri mereka di tempat yang strategik dan menjadi pemi...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | UPM News |
Language: | English Malay |
Published: |
2011
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18575/1/Manfaat_ilmu_untuk_kebaikan_masyarakat.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18575/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | SERDANG, 17 Okt – Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Tan Sri Rozali Ismail menyeru semua graduan dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh di universiti untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Beliau berkata, graduan seharusnya menempatkan diri mereka di tempat yang strategik dan menjadi pemimpin yang sentiasa bersama masyarakat untuk membawa perubahan lebih baik.
“Ini amat bertepatan dengan usaha yang dilaksanakan oleh pemimpin negara bagi melonjakkan pencapaian bangsa dan negara ke arah negara maju menjelang tahun 2020.
“Justeru, para graduan perlu sedar bahawa kehadiran anda di universiti serta kelebihan ilmu yang diperoleh bukanlah berlaku secara kebetulan tetapi atas tanggungjawab dan amanah yang perlu dilunaskan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada hari ketiga Majlis Konvokesyen UPM ke-35 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini. |
---|