Majlis Hari Raya Aidilfitri UPM 2011 Beri Sumbangan Kepada 96 Staf
SERDANG, 15 Sept – Seramai 96 orang staf menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri pada Majlis Hari Raya Aidilfitri UPM 2011 yang telah berlangsung di Dewan Banquet UPM baru-baru ini. Penerima ialah 45 ibu tunggal, 45 anak yatim, seorang yatim piatu serta dua orang kurang upaya (OKU) yang menerima...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | UPM News |
Language: | English Malay |
Published: |
2011
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18172/1/MAJLIS_HARI_RAYA_AIDILFITRI_UPM_2011_BERI_SUMBANGAN_KEPADA_96_STAF.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18172/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | SERDANG, 15 Sept – Seramai 96 orang staf menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri pada Majlis Hari Raya Aidilfitri UPM 2011 yang telah berlangsung di Dewan Banquet UPM baru-baru ini.
Penerima ialah 45 ibu tunggal, 45 anak yatim, seorang yatim piatu serta dua orang kurang upaya (OKU) yang menerima sumbangan daripada Persatuan Wanita UPM (PERMATA) berupa wang tunai berjumlah RM100 setiap seorang yang telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris.
Penerima ibu tunggal adalah terdiri daripada staf UPM yang berpendapatan rendah. Sumbangan khas PERMATA turut diberikan kepada tiga staf UPM yang mempunyai anak OKU serta anak yang menghidap kanser.
Majlis anjuran Jawatankuasa Sosial dan Kebajikan UPM yang diketuai oleh Pejabat Pemasaran dan Komunikasi itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di dalam kalangan staf UPM.
Turut hadir pada Majlis itu Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi bersama pihak pengurusan Universiti. |
---|