Tenaga solar UPM untuk membudaya penggunaan tenaga berhemah

SERDANG, 26 Ogos - Universiti Putra Malaysia (UPM) melancarkan sumber tenaga solar yang menggunakan teknologi Concerntration Photovoltic (CPV) dalam usaha membudayakan amalan penggunaan tenaga berhemah di kampus. Naib Censelor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata tenaga solar yang d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18125/1/Tenaga_solar_UPM.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18125/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:SERDANG, 26 Ogos - Universiti Putra Malaysia (UPM) melancarkan sumber tenaga solar yang menggunakan teknologi Concerntration Photovoltic (CPV) dalam usaha membudayakan amalan penggunaan tenaga berhemah di kampus. Naib Censelor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata tenaga solar yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat dari China, Sichuan Zhonghan Solar Electric Power Co. Ltd. (Zhonghan) itu menggunakan teknologi CPV yang dapat menentukan sistem yang paling sesuai dengan keadaan cuaca di negara ini. “Projek ini adalah inisiatif UPM menyelidik sumber tenaga alternatif untuk meningkatkan tahap efisien dan kos efektif kapasiti teknologi sistem CPV dalam skala komersil serta membangunkan Loji Pengeluaran Tenaga Solar dengan kapasiti menjana dua megawatt tenaga elektrik. “Projek perintis ini akan menilai keberkesanan sistem CPV selain dapat menentukan sistem yang paling sesuai dengan keadaan cuaca. "Ia sejajar dengan komitmen UPM untuk memastikan kelestarian kehijauan kampus dan kecekapan penggunaan tenaga di kampus,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui baru-baru ini. Turut hadir pada pelancaran itu Pengerusi Zhonghan, Mr. Liu Han. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar berkata tenaga solar menggunakan teknologi CPV merupakan aplikasi terkini dan UPM merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dari Asia termasuk 10 universiti terbaik di dunia yang menggunakan teknologi itu. “Alat ini mampu mengurangkan bilangan panel Photovoltaic (PV) melalui penggunaan Contrator Glass pada kadar 50 peratus serta mengesan tahap maksima tenaga radiasi dan insolasi dari sumber matahari secara automatik,” ujar beliau. Beliau berkata, menerusi kerjasama itu, Zhonghan telah memasang 10 set sistem solar terdiri daripada enam set sistem reflective CPV with tracker, dua set sistem flat PV with tracker dan dua set sistem flat PV. Projek solar CPV merupakan lanjutan daripada memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Fakulti Kejuruteraan UPM dengan Zhonghan pada tahun lalu. Zhonghan merupakan industri utama dalam pembangunan teknologi hijau serta mempunyai kepakaran dalam teknologi solar.