Analisis kandungan kimia bagi tujuh spesies kayu yang kurang digunakan di Malaysia

Tujuh spesis kayu yang kurang digunakan iaitu Perupok (Lophopetalum spp.), Ludai(Sapium spp.), Machang (Mangifera spp.), Pauh kijang (Irvingia malayana), Berangan (Castanopsis spp.), Punah (Tetramerista spp.) dan Kayu malam (Diospyros sp.) dipilih untuk ditentukan komposisi kimia utamanya. Sampel ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Harun, Jalaluddin, Sahri, Mohd Hamami, Lai, Seow Peng, Mahmod, Abdul Latif
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 1989
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17817/1/ID%2017817.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17817/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuh spesis kayu yang kurang digunakan iaitu Perupok (Lophopetalum spp.), Ludai(Sapium spp.), Machang (Mangifera spp.), Pauh kijang (Irvingia malayana), Berangan (Castanopsis spp.), Punah (Tetramerista spp.) dan Kayu malam (Diospyros sp.) dipilih untuk ditentukan komposisi kimia utamanya. Sampel kayu dikisar menggunakan mesin pengisar 'wiley mill' dan habuk kayu ditapis, melepasi penapis dawai no. 40 dan tertahan pada penapis dawai no. 60. Habuk ini kemudian digunakan untuk analisis komposisi kimia menggunakan piawaian TAPPI, kecuali holoselulosa dan hemiselulosa. Holoselulosa dianalisis menggunakan kaedah Wise manakala kandungan hemiselulosa diperoleh dengan menolak nilai aipha-selulosa daripada holoselulosa. Dalam kajian ini,kandungan holoselulosa bagi semua spesis berjulat antara 63.8% (Punah) dan 77.8% (Berangan) manakala kandungan alpha-selulosa berjulat antara 38.0% (Machang) dan 46.7% (Pauh kijang). Kandungan hemiselulosa pula berjulat antara 17.4% (Pauh kijang) dan 33.7% (Berangan). Lignin menunjukkan nilai yang agak tinggi dan nilainya berjulat antara 24.1% (Berangan) dan 35.4% (Punah). Kandungan abu berjulat antara 0.5% (Berangan)dan 1.5%(Machang). Kandungan ekstraktif yang diperolehi daripada pelarut alkohol - benzina berjulat antara 0.7% (Kayu malam) dan 2.7% (Ludai) sementara bahan yang larut di dalam pelarut 1% alkali dan air panas masing-masing berjulat antara 8.4% (Kayu malam) dan 15.6%( Machang) dan 1.5% (Kayu malam) dan 7.7% (Ludai). Di samping itu, ketumpatan bagi semua spesis yang dikaji berjulat antara 281 kg/m (Ludai) dan 848 kg/m (Pauh kijang).