Tinjauan terhadap pelaksanaan Kem Bestari Solat.
Matlamat utama pendidikan Islam ialah pemantapan aqidah murid. Malah, Falsafah Pendidikan Islam sendiri adalah berteraskan kepada ketauhidan kepada Allah S.W.T. Justeru, usaha ke arah memantap dan memelihara aqidah murid dapat dilihat dalam kurikulum dan aktiviti kokurikulum pendidikan Islam. Antara...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
2009
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17428/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Matlamat utama pendidikan Islam ialah pemantapan aqidah murid. Malah, Falsafah Pendidikan Islam sendiri adalah berteraskan kepada ketauhidan kepada Allah S.W.T. Justeru, usaha ke arah memantap dan memelihara aqidah murid dapat dilihat dalam kurikulum dan aktiviti kokurikulum pendidikan Islam. Antara aspek yang diberi penekanan dalam sistem pendidikan Islam ialah amalan solat dalam kalangan murid.
Solat merupakan asas atau tiang agama dan mengamalkannya merupakan ketundukan dan kepatuhan seseorang muslim kepada Allah S.W.T. Pengenalan aktiviti Kem Bestari Solat menerusi Program j-QAF merupakan suatu pendekatan terkini yang berhasrat mendidik dan menggalakkan murid mengamalkan solat dalam kehidupan seharian mereka. Oleh kerana Kem Bestari Solat agak baru diperkenalkan, maka satu kajian bagi mengenal pasti keberkesanan pelaksanaannya telah dijalankan. Seramai 309 orang guru j-QAF di Selangor telah terlibat dalam kajian ini. Data kuantitatif yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package For The Social Science (SPSS). Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa muridmurid minat untuk mengikuti Kem Bestari Solat. Selain membincangkan dapatan
kajian, penulis menghalusi permasalahan yang dihadapi dalam pelaksanaan aktiviti Kem Bestari Solat dan seterusnya beberapa cadangan turut diketengahkan. |
---|