Pendekatan P-P FIT dalam proses pemilihan calon guru di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia
Pemilihan bidang kerjaya khususnya dalam bidang pendidikan menjadi semakin kompleks ketika ini ekoran terdapatnya kebolehan manusia yang pelbagai dan keperluan pelajar yang begitu kritikal selaras dengan ciri pembangunan dan pembentukan insan yang berdaya saing. Pemilihan kerjaya sesuai merupakan sa...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , , , , , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Malaysian Education Deans' Council
2008
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16068/1/Pendekatan%20P.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16068/ http://medc.com.my/v2/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pemilihan bidang kerjaya khususnya dalam bidang pendidikan menjadi semakin kompleks ketika ini ekoran terdapatnya kebolehan manusia yang pelbagai dan keperluan pelajar yang begitu kritikal selaras dengan ciri pembangunan dan pembentukan insan yang berdaya saing. Pemilihan kerjaya sesuai merupakan salah satu permasalahan terbesar remaja di Malaysia. Masalah ini meliputi masalah dalam membuat keputusan sama ada ingin menceburkan diri dalam kerjaya keguruan ataupun tidak. Amalan pemilihan sedia ada calon untuk kemasukan ke program keguruan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan pencapaian akademik, ko-kurikulum dan pilihan pelajar. Walaupun pencapaian akademik dan ko-kurikulum pelajar memenuhi syarat, namun pilihan yang dibuat oleh pelajar berkemungkinan tidak tepat dengan personaliti, minat, nilai, dan potensi sebenar diri mereka. Keadaan ini boleh membawa kepada pencapaian yang tidak memuaskan dalam pengajian, kekecewaan, pertukaran program dan penarikan diri daripada program pengajian berkenaan. Ketidakselarasan antara aspek personaliti dan minat merupakan pembaziran modal insan yang berpotensi. Keadaan ini juga merugikan universiti yang telah banyak menghabiskan masa untuk melatih pelajar. Sehubungan itu ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) yang dibangunkan berasaskan Personality-Programme Fit (P-P Fit) diharapkan dapat mengatasi permasalahan ini. |
---|