Onset mora dalam dialek Kelantan: analisis tatatingkat kekangan.

Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan perilaku fonologi yang dinamakan onset mora (moranic onsets). kewujudan onset mora telah dinafikan dalam teori mora standard yang dipelopori dan dikembangkan oleh ahli-ahli fonologi seperti Hyman (1985), Hayes (1989), Gordon (1999), dan Moren (1999). Mereka be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Aziz, Adi Yasran, Ahmad, Zaharani
Format: Article
Language:English
English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2008
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/15938/1/Onset%20mora%20dalam%20dialek%20Kelantan.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/15938/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan perilaku fonologi yang dinamakan onset mora (moranic onsets). kewujudan onset mora telah dinafikan dalam teori mora standard yang dipelopori dan dikembangkan oleh ahli-ahli fonologi seperti Hyman (1985), Hayes (1989), Gordon (1999), dan Moren (1999). Mereka berpendapat bahawa onset mora tidak wujud kerana dalam kebanyakan bahasa onset tidak berpontensi untuk mengalami proses prosodik. Bagaimanapun, kajian ini merentasi sempadan linguistik mutakhir mendapati bahawa terdapat banyak bahasa dan dialek yang membenarkan proses prosodik berlaku pada posisi onset seperti Bella Cola, Samothraki Greek, Trukese, Marshallese, Trique, Bellonese, Piraha, Karo, Arabela,Woleaian, Swiss German, Kabardian, Berber, Patani, Kelantan dan Terengganu. Kajian ini secara khusus akan meneliti fenomena onset mora dalam dialek Kelantan dengan menggunakan kerangka teori optimaliti yang menggabungkan peringkat fonologi prosodik dan juga segmental. Hasil analisis mendapati bahawa kata prosodik dalam dialek Kelantan bersamaan dengan kaki (foot), iaitu dua suku kata di bawah analisis segmental. Kekangan ini menyebabkan input yang mengandungi tiga suku kata akan mengugurkan suku kata pertamanya untuk membentuk output yang bersuku kata dua. Dalam teori mora standard, penguguran segmen menyebabkan pengapungan mora yang kemudiannya dihubungkan dengan vokal yang berdekatan lalu menghasilkan vokal panjang. Walaubagaiamapun analisis ini tidak dapat menjelaskan fenomena onset geminat seperti dalam kata (ssaka) (pusaka) dalam dialek Kelantan. Dalam analisis teori optimaliti, maslah ini ditangani dengan meletakkan kekangan TIADA GEMINAT (*GEM) dalam hierarki kekangan. Tatatingkat ini membolehkan calon onset geminat muncul sebagai output optimal. Analisis ini juga secara langsung menyarankan bahawa onset boleh mengandungi mora.