Merantau berdasarkan perspektif bandingan dalam novel Melayu-Arab
Merantau ialah satu perpindahan atau penghijrahan dari satu tempat ke satu tempat dengan pelbagai tujuan. Merantau juga merupakan satu lumrah kehidupan bagi semua kaum. Hal ini dapat diperhatikan dalam karya Melayu yang banyak mengangkat isu ini menerusi pelbagai genre seperti novel, cerpen, puisi,...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2011
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12519/1/ID%2012519.docx http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12519/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Merantau ialah satu perpindahan atau penghijrahan dari satu tempat ke satu tempat dengan pelbagai tujuan. Merantau juga merupakan satu lumrah kehidupan bagi semua kaum. Hal ini dapat diperhatikan dalam karya Melayu yang banyak mengangkat isu ini menerusi pelbagai genre seperti novel, cerpen, puisi, dan drama. Perkara yang sama juga dipamerkan oleh sebahagian besar karya Arab dalam pelbagai genre. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan melihat konsep merantau dalam kedua-dua karya dengan memberi tumpuan terhadap genre novel Melayu dan Arab. Kajian ini juga akan melihat konsep merantau berdasarkan perspektif bandingan antara novel Melayu dan Arab. Untuk tujuan ini, dua buah novel dipilih sebagai bahan kajian. Dua buah novel tersebut ialah, Sudara (DBP, 1994) karya Sasterawan Negara Arena Wati dan Rihlah ila Allah (Muassasah al-Risalah, 1978) karya Najib al-Kilani. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, didapati bahawa merantau merupakan satu titik tolak untuk berpindah dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lebih baik. Selain itu, merantau menjadi penghubung antara dua budaya dalam kehidupan serta membuka minda perantau dalam menilai kehidupan ini dengan lebih jauh dan matang. |
---|