Kesan komunikasi pemandu terhadap kejadian kemalangan jalan raya di Kuantan
Rekod polis trafik Kuantan menunjukan faktor komunikasi antara pemandu kurang diambil berat oleh pemandu yang terlibat dengan kemalangan, sedangkan komunikasi merupakan faktor amat penting bagi menentukan keselamatan semasa memandu dijalan raya, tanpa komunikasi yang betul dan berkesan akan menye...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/115182/1/115182.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/115182/ http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18234 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Rekod polis trafik Kuantan menunjukan faktor komunikasi antara pemandu kurang
diambil berat oleh pemandu yang terlibat dengan kemalangan, sedangkan komunikasi
merupakan faktor amat penting bagi menentukan keselamatan semasa memandu dijalan
raya, tanpa komunikasi yang betul dan berkesan akan menyebabkan pemandu tidak
dapat membuat agakan dengan tepat dan keadaan jalan raya akan menjadi kelam kabut
terutama semasa kenderaan dipandu dalam keadaan laju.. Oleh itu kajian ini bertujuan
menganalisa kesan komunikasi oleh pemandu terhadap kemungkinan berlakunya
perlanggaran serta mengenalpasti sebab-sebab mengapa pemandu tidak atau gagal
berkomunikasi. Dengan pendekatan . pengamatan dan temuduga , kajian yang
berbentuk quantitative ini telah berjaya mendapat 293 pengamatan dilokasi blackspot
daerah Kuantan iaitu di pusinan "U' jalan Kuantan ke Gambang dan dapatan kajian
mendapati 3 1.4 % daripada mereka telah gaga! berkomunikasi serta menimbulkan
pelbagai kesukaran kepada kenderaan lain seperti kemungkinan langgar belakang
68.6% , langgar rusuk 5.08%, langgar tepi kiri 4.23%, langgar tepi kanan 5.08%,
terbabas 3.38 % dan perlanggaran bersilang 90 darjah 13.55 %. Tahap bahaya yang
ditimbulkaa oleh pemandu yang tidak berkomunikasi juga menjurus.kepada.tahap.yang
tinggi dan hampir berlaku perlanggaran sebenar golongan ini mewakili 78%. Namun
begitu.terdapat juga pemandu, yang memberi isyarat masih memandu dengan cara yang
menimbulkan kesukaran kepada kenderaan lain berjumlah 22%, tetapi hanya ditahap
bahaya yang rendah sahaja. Lihat rajah.
Rajah 1 perbandingan kesukaran yang dibuat oleh pemandu berkomunikasi atau tidak Berkomunikasi.
1= situasi normal terendah, 2= situasi normal tinggi, 3=situasi serius sederhana tinggi,
4=situasi serius tahap tinggi dan 5 = situasi serius tahap tertinggi.
Ini membuktikan bahawa komunikasi, isyarat sangat penting kepada pemandu dalam
mengeJak kemalangan. Juga didapati bahawa tanpa komunikasi, tahap kesukaran
bertambah tinggi sehingga boleh menyebabkan perlanggaran yang serius.
Hasil temuduga telah memberi jawapan kepada soalan mengapakah pemandu-pernandu
tersebut tidak menggunakan isyarat atau berkomunikasi sesama pemandu. Dua jawapan
diterirna adalah 72.73% mengatakan tergesa-gesa dan 27.3% mengatakan tidak sengaja.
Tetapi tujuan perjalanan mereka adalah jelas tidak menggambarkan keadaan yang
mereka tergesa-gesa kerana 45.5% dalam perjalan kerurnah sendiri, 18.2% kerurnah
kawan dan 9% untuk pergi rnernbeli belah . Pernandu tempatan merupakan gulongan
yang paling cuai untuk berkomunikasi kerana 90.9% daripada rnereka adalah pernandu
tempatan
Sebagai rumusan, penggunaan isyarat oleh pemandu sebagai cara berkomunikasi adalah
amat penting kepada pemandu untuk mengelak daripada berlaku kemalangan jalan raya
Elimen komunikasi ini perlu dititikberatkan penggunaanya oleh pehak berkuasa kerana
kajian dengan jelas rnenunjukan bahawa dengan adanya komunikasi , kesukaran yang
diujudkan oleh pemandu menjadi lebih ringan dan kurang tahap bahayanya. |
---|