Pengaruh pemahaman membaca teks Arab terhadap penulisan struktur ayat pelajar berasaskan model CIRC
Menulis merupakan proses mengekstrak maklumat sedia ada yang telah dibaca dalam bentuk baharu. Kajian menunjukkan bahawa pelajar masih menghadapi masalah dalam penulisan struktur ayat sekalipun mereka telah mempelajari kemahiran membaca teks bahasa Arab. Hal ini berpunca daripada kelemahan merek...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114327/1/114327%20%28IR%29.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114327/ http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18154 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
id |
my.upm.eprints.114327 |
---|---|
record_format |
eprints |
spelling |
my.upm.eprints.1143272025-01-20T09:44:11Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114327/ Pengaruh pemahaman membaca teks Arab terhadap penulisan struktur ayat pelajar berasaskan model CIRC Che Daud @ Che Mud, Ahmad Fuad Menulis merupakan proses mengekstrak maklumat sedia ada yang telah dibaca dalam bentuk baharu. Kajian menunjukkan bahawa pelajar masih menghadapi masalah dalam penulisan struktur ayat sekalipun mereka telah mempelajari kemahiran membaca teks bahasa Arab. Hal ini berpunca daripada kelemahan mereka dalam memahami teks yang dibaca. Masalah ini juga merupakan kesinambungan daripada kelemahan penguasaan kosa kata dan tatabahasa bahasa Arab di samping faktor pelajar yang kurang bermotivasi serta tidak menggunakan strategi pembelajaran yang sesuai. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan (1) mengenal pasti penulisan prakajian pelajar dari aspek struktur ayat; (2) menganalisis pemahaman bacaan teks dari aspek struktur ayat; (3) menilai penulisan pascakajian pelajar dari aspek struktur ayat; dan (4) merumuskan pengaruh pemahaman bacaan teks terhadap penulisan pelajar dari aspek struktur ayat. Kajian ini merupakan kajian kualitatif berbentuk kajian kes dengan menerapkan teori “Perkongsian Pengetahuan Membaca dan Menulis” (PPMM) melalui implementasi model “Cooperative Integrated Reading and Composition” (CIRC) bagi menghubungkan pemahaman membaca dengan kemahiran menulis. Sebanyak lapan (8) orang pelajar tingkatan empat (4) pelbagai aras pencapaian dalam kemahiran menulis bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River menjadi peserta kajian ini. Mereka telah menjalani aktiviti membaca dan menulis dengan mempraktikkan model pembelajaran koperatif CIRC yang memerlukan penglibatan aktif pelajar. Data dikumpulkan melalui (1) ujian penulisan prakajian, (2) aktiviti pemahaman bacaan teks dan (3) tugasan penulisan pascakajian. Selain itu, data juga dikumpulkan melalui (4) temu bual dan (5) pemerhatian bagi mendapatkan data yang lebih kukuh. Data dianalisis berdasarkan domain “struktur ayat”. Dapatan kajian ini secara amnya menunjukkan penggunaan model CIRC melalui aktiviti membaca dan menulis dapat membantu peserta kajian menghasilkan penulisan dengan lebih baik dari aspek struktur ayat. Dapatan bagi penulisan prakajian menunjukkan peserta kajian tidak mampu menghasilkan variasi ayat yang pelbagai, selain struktur ayat yang dibina tidak mempunyai unsur keterangan yang jelas. Semasa membaca teks pula, mereka hanya memfokuskan pada subjek dan predikat utama sahaja, malah mereka banyak merujuk pemahaman dalam bahasa Melayu. Bagi penulisan pascakajian, peserta kajian telah menunjukkan peningkatan apabila mereka dapat mengadaptasikan pola struktur ayat daripada teks bacaan ke dalam penulisan mereka, bahkan penggunaan kosa kata yang sesuai dan menepati konteks dalam struktur ayat juga menunjukkan hasil yang positif. Dapatan ini menunjukkan implikasi yang baik daripada penggabungjalinan membaca dan menulis untuk meningkatkan penulisan struktur ayat pelajar melalui aktiviti pembelajaran secara aktif dan bermakna berasaskan pemahaman bacaan teks dan pemahaman struktur ayat. Penggabungjalinan serta pembelajaran secara koperatif ini telah menghasilkan kesan positif, sekali gus menyumbang kepada aktiviti PdP yang berkesan yang belum pernah dijalankan sebelum ini. 2023-01 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114327/1/114327%20%28IR%29.pdf Che Daud @ Che Mud, Ahmad Fuad (2023) Pengaruh pemahaman membaca teks Arab terhadap penulisan struktur ayat pelajar berasaskan model CIRC. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18154 Arabic language - Study and teaching (Secondary) - Malay speakers Arabic language - Writing |
institution |
Universiti Putra Malaysia |
building |
UPM Library |
collection |
Institutional Repository |
continent |
Asia |
country |
Malaysia |
content_provider |
Universiti Putra Malaysia |
content_source |
UPM Institutional Repository |
url_provider |
http://psasir.upm.edu.my/ |
language |
English |
topic |
Arabic language - Study and teaching (Secondary) - Malay speakers Arabic language - Writing |
spellingShingle |
Arabic language - Study and teaching (Secondary) - Malay speakers Arabic language - Writing Che Daud @ Che Mud, Ahmad Fuad Pengaruh pemahaman membaca teks Arab terhadap penulisan struktur ayat pelajar berasaskan model CIRC |
description |
Menulis merupakan proses mengekstrak maklumat sedia ada yang telah dibaca
dalam bentuk baharu. Kajian menunjukkan bahawa pelajar masih menghadapi
masalah dalam penulisan struktur ayat sekalipun mereka telah mempelajari
kemahiran membaca teks bahasa Arab. Hal ini berpunca daripada kelemahan
mereka dalam memahami teks yang dibaca. Masalah ini juga merupakan
kesinambungan daripada kelemahan penguasaan kosa kata dan tatabahasa bahasa
Arab di samping faktor pelajar yang kurang bermotivasi serta tidak menggunakan
strategi pembelajaran yang sesuai. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan (1)
mengenal pasti penulisan prakajian pelajar dari aspek struktur ayat; (2) menganalisis
pemahaman bacaan teks dari aspek struktur ayat; (3) menilai penulisan pascakajian
pelajar dari aspek struktur ayat; dan (4) merumuskan pengaruh pemahaman bacaan
teks terhadap penulisan pelajar dari aspek struktur ayat. Kajian ini merupakan
kajian kualitatif berbentuk kajian kes dengan menerapkan teori “Perkongsian
Pengetahuan Membaca dan Menulis” (PPMM) melalui implementasi model
“Cooperative Integrated Reading and Composition” (CIRC) bagi menghubungkan
pemahaman membaca dengan kemahiran menulis. Sebanyak lapan (8) orang pelajar
tingkatan empat (4) pelbagai aras pencapaian dalam kemahiran menulis bahasa
Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River menjadi peserta kajian
ini. Mereka telah menjalani aktiviti membaca dan menulis dengan mempraktikkan
model pembelajaran koperatif CIRC yang memerlukan penglibatan aktif pelajar.
Data dikumpulkan melalui (1) ujian penulisan prakajian, (2) aktiviti pemahaman
bacaan teks dan (3) tugasan penulisan pascakajian. Selain itu, data juga
dikumpulkan melalui (4) temu bual dan (5) pemerhatian bagi mendapatkan data
yang lebih kukuh. Data dianalisis berdasarkan domain “struktur ayat”. Dapatan
kajian ini secara amnya menunjukkan penggunaan model CIRC melalui aktiviti
membaca dan menulis dapat membantu peserta kajian menghasilkan penulisan
dengan lebih baik dari aspek struktur ayat. Dapatan bagi penulisan prakajian
menunjukkan peserta kajian tidak mampu menghasilkan variasi ayat yang pelbagai,
selain struktur ayat yang dibina tidak mempunyai unsur keterangan yang jelas.
Semasa membaca teks pula, mereka hanya memfokuskan pada subjek dan predikat
utama sahaja, malah mereka banyak merujuk pemahaman dalam bahasa Melayu.
Bagi penulisan pascakajian, peserta kajian telah menunjukkan peningkatan apabila
mereka dapat mengadaptasikan pola struktur ayat daripada teks bacaan ke dalam
penulisan mereka, bahkan penggunaan kosa kata yang sesuai dan menepati konteks
dalam struktur ayat juga menunjukkan hasil yang positif. Dapatan ini menunjukkan
implikasi yang baik daripada penggabungjalinan membaca dan menulis untuk
meningkatkan penulisan struktur ayat pelajar melalui aktiviti pembelajaran secara
aktif dan bermakna berasaskan pemahaman bacaan teks dan pemahaman struktur
ayat. Penggabungjalinan serta pembelajaran secara koperatif ini telah menghasilkan
kesan positif, sekali gus menyumbang kepada aktiviti PdP yang berkesan yang
belum pernah dijalankan sebelum ini. |
format |
Thesis |
author |
Che Daud @ Che Mud, Ahmad Fuad |
author_facet |
Che Daud @ Che Mud, Ahmad Fuad |
author_sort |
Che Daud @ Che Mud, Ahmad Fuad |
title |
Pengaruh pemahaman membaca teks Arab terhadap penulisan struktur ayat pelajar berasaskan model CIRC |
title_short |
Pengaruh pemahaman membaca teks Arab terhadap penulisan struktur ayat pelajar berasaskan model CIRC |
title_full |
Pengaruh pemahaman membaca teks Arab terhadap penulisan struktur ayat pelajar berasaskan model CIRC |
title_fullStr |
Pengaruh pemahaman membaca teks Arab terhadap penulisan struktur ayat pelajar berasaskan model CIRC |
title_full_unstemmed |
Pengaruh pemahaman membaca teks Arab terhadap penulisan struktur ayat pelajar berasaskan model CIRC |
title_sort |
pengaruh pemahaman membaca teks arab terhadap penulisan struktur ayat pelajar berasaskan model circ |
publishDate |
2023 |
url |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114327/1/114327%20%28IR%29.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114327/ http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18154 |
_version_ |
1823093123486580736 |
score |
13.23648 |