Kohesi dan koheren dalam lirik lagu Perancis

Lagu merupakan satu karya seni bagi penciptanya untuk menyampaikan mesej kepada pendengar melalui irama dan lirik. Kepaduan dalam sebuah wacana terutama dalam lirik sebuah lagu memberikan gambaran tentang apa yang ingin disampaikan penulis lagu. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zain Azman, Sarah Balqis
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114244/1/114244.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114244/
http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18140
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Lagu merupakan satu karya seni bagi penciptanya untuk menyampaikan mesej kepada pendengar melalui irama dan lirik. Kepaduan dalam sebuah wacana terutama dalam lirik sebuah lagu memberikan gambaran tentang apa yang ingin disampaikan penulis lagu. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kohesi serta menganalisis koheren dalam lirik lagu Perancis terpilih. Reka bentuk kajian ini bersifat campuran iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan mengaplikasikan dua teori iaitu Teori Kohesi Halliday dan Hasan (1976) dan Teori Harimurti Kridalaksana (1978) bagi analisis hubungan koheren. Selain itu, sebanyak 50 buah lagu Perancis terpilih dijadikan sebagai sampel kajian. Kaedah pemilihan lagu-lagu ini berdasarkan single yang mencapai kedudukan tertinggi dalam penjualan rekod di Perancis daripada tahun 1970-an sehingga tahun 2010-an. Analisis kohesi dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kohesi gramatikal dan kohesi leksikal. Kohesi gramatikal terdiri daripada rujukan, penggantian, elipsis dan konjungsi. Seterusnya, kohesi leksikal pula dibahagikan kepada reterasi dan kolokasi. Manakala, hubungan koheren pula dianalisis berdasarkan 15 jenis hubungan koheren yang dikemukakan oleh Teori Harimurti Kridalaksana (1978). Hasil daripada kajian ini menunjukkan penggunaan kohesi gramatikal mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 2978 data iaitu rujukan memperoleh 1876 data, penggantian 14 data, elipsis hanya mencatat tiga data sahaja dan konjungsi berjumlah 672 data. Manakala, kohesi leksikal pula mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak 838 data iaitu reterasi yang mengandungi kata yang sama 754 data, sinonim tiga data, superordinat sebanyak sembilan data dan kolokasi berjumlah 72 data. Sementara itu, jenis hubungan koheren yang ditemukan dalam lagu-lagu ini adalah sebanyak sembilan jenis sahaja yakni hubungan sebab-hasil, sebab-tujuan, latarkesimpulan, parafratis, amplikatif, aditif waktu, identifikasi, generik-spesifik dan ibarat. Bagi hubungan sebab-akibat, alasan-sebab, kelonggaran-hasil, syarat-hasil, perbandingan dan aditif non-waktu tidak ditemui dalam lagu-lagu ini. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada penulis lirik dan penyelidik serta diharapkan supaya kajian akan datang dapat menerokai dua ciri keutuhan wacana ini kepada kaedah kualitatif bagi lagu-lagu bahasa yang lain.