Kohesi Leksikal dalam lirik lagu dikir barat
Lirik lagu merupakan ekspresi seseorang tentang sesuatu hal yang sudah dilihat, didengar mahupun yang sudah dialami. Dalam mengekspresikan pengalaman, penulis lirik lagu sering melakukan permainan kata-kata dan bahasa untuk mencipta kreativiti dan tarikan terhadap sesuatu lirik lagu. Sehubungan deng...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114173/1/114173.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114173/ http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18101 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Lirik lagu merupakan ekspresi seseorang tentang sesuatu hal yang sudah dilihat, didengar mahupun yang sudah dialami. Dalam mengekspresikan pengalaman, penulis lirik lagu sering melakukan permainan kata-kata dan bahasa untuk mencipta kreativiti dan tarikan terhadap sesuatu lirik lagu. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis aspek Kohesi Leksikal dalam Lirik Lagu dikir barat. Objektif kajian ini terbahagi kepada dua objektif utama, untuk mengklasifikasikan aspek kohesi leksikal dalam lirik lagu dikir barat, dan menjelaskan fungsi aspek leksikal dalam lirik lagu dikir barat. Kajian ini menggunakan Teori Wacana Halliday & Hassan (1976), huraian analisis yang memuatkan lima jenis tautan, iaitu rujukan, penggantian, ellipsis, penghubung dan tautan leksikal. Sehubungan dengan itu, kajian ini menggunakan analisis tautan Halliday & Hassan (1976) sebagai dasar analisis. Walau bagaimanapun, hasilnya memperlihatkan bahawa terdapat tambahan, penyusunan semula dan penekanan aspek tertentu kepada model asal apabila teori Halliday & Hassan (1976) diterapkan untuk menghuraikan aspek kohesi leksikal lirik lagu dikir barat. Dalam kajian ini, data utama yang digunakan ialah 20 lirik lagu dikir barat daripada album-album Halim Yazid. Kajian ini adalah menggunakan kaedah analisis deskriptif. Secara umumnya, kajian ini berusaha merungkai aspek kohesi yang terdapat dalam album-album dikir barat Halim Yazid agar pendengar khasnya lapisan masyarakat dapat, mengetahui, menikmati, dan memahami maksud yang tersurat dan tersirat disebalik penyampaian lagu dikir barat di samping turut mendalami aspek kohesi yang terdapat di dalamnya. Hasil kajian mendapati bahawa penulis lirik lagu dikir barat menggunakan keseluruhan aspek kohesi iaitu aspek pengulangan, sinonim dan antonim dengan seimbang dalam lirik lagu yang menjadikan karya seni dikir barat ini sebagai karya sastera terbina dan mantap. |
---|