Peta pemikiran dalam pengajaran aspek seni bahasa dalam kalangan guru bahasa Melayu di Kuala Lumpur, Malaysia

Penggunaan peta pemikiran sebagai salah satu alat berfikir terkini telah mula digunakan di sekolah pada awal tahun 2012. Secara khususnya kajian yang dijalankan ini mengandungi tiga objektif utama iaitu (i) pemahaman penggunaan peta pemikiran dalam pengajaran aspek seni bahasa guru bahasa Melayu; (i...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Zabhi, Mohd Zikri Ihsan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113974/1/113974.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113974/
http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18030
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan peta pemikiran sebagai salah satu alat berfikir terkini telah mula digunakan di sekolah pada awal tahun 2012. Secara khususnya kajian yang dijalankan ini mengandungi tiga objektif utama iaitu (i) pemahaman penggunaan peta pemikiran dalam pengajaran aspek seni bahasa guru bahasa Melayu; (ii) pelaksanaan penggunaan peta pemikiran dalam pengajaran aspek seni bahasa dan (iii) kesesuaian penggunaan peta pemikiran dalam pengajaran aspek seni bahasa. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif berbentuk kajian kes bagi memperoleh data penggunaan peta pemikiran dalam pengajaran aspek seni bahasa. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dan data kajian diperoleh melalui kaedah temu bual separa struktur, pemerhatian pengajaran, dan analisis dokumen. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian ATLAS.ti versi 8. Seramai lima orang guru bahasa Melayu di lima buah sekolah menengah harian biasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipilih sebagai peserta kajian melalui kaedah pensampelan bertujuan. Kajian mendapati guru-guru mempunyai pemahaman yang jelas tentang penggunaan peta pemikiran dalam pengajaran aspek seni bahasa sebagai alat berfikir visual, boleh diaplikasikan dalam pengajaran, dan mampu menjana idea murid. Pemahaman penggunaan peta pemikiran boleh digabungjalinkan dengan aspek seni bahasa dan kemahiran bahasa yang lain untuk digunakan dalam pengajaran. Kemahiran kognitif yang terbina daripada lapan bentuk peta pemikiran menunjukkan pemahaman yang tinggi dalam kalangan guru dan menghasilkan kemahiran berfikir secara aras tinggi dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan. Dapatan juga menunjukkan pelaksanaan penggunaan peta pemikiran secara betul dan sesuai dalam pelaksanaan pengajaran bermula dengan set induksi yang menyeronokkan, melengkapkan maklumat berkaitan isi pelajaran, menyenaraikan maklumat yang diperlukan, dan digunakan untuk menguji pengetahuan sedia ada murid. Dapatan diikuti pula dengan pelaksanaan perkembangan pengajaran oleh guru-guru iaitu membuat penerangan, penyolalan, menarik perhatian murid, dan menggalakkan pembelajaran. Pelaksanaan penggunaan peta pemikiran juga dilakukan dalam penutupan pengajaran untuk dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan isi pengajaran dan menjanjikan sesi pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Dapatan kajian juga menunjukkan guru-guru mengemukakan pandangan berkaitan kesesuaian peta pemikiran dalam pengajaran aspek seni bahasa seperti yang ditetapkan berdasarkan Standard Prestasi. Kajian ini telah memberi sumbangan dalam menyediakan panduan yang terperinci untuk memantapkan penggunaan peta pemikiran dalam kalangan guru-guru di dalam bilik darjah