Meneroka pemahaman kemahiran saintifik melalui amali Biologi hibrid dalam kalangan murid Tingkatan Empat di Selangor, Malaysia

Biologi ialah satu disiplin ilmu yang berorientasikan amali. Amali merupakan aktiviti teras dalam proses pembelajaran Biologi yang mengutamakan kaedah penyiasatan dan penyelesaian masalah dengan mengaplikasikan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik menggabungkan kemahiran proses sains dan kem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Idris, Nazihah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113676/1/113676.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113676/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.113676
record_format eprints
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
topic Biology - Study and teaching (Secondary) - Malaysia
Biology - Practice exercises
Scientific ability
spellingShingle Biology - Study and teaching (Secondary) - Malaysia
Biology - Practice exercises
Scientific ability
Idris, Nazihah
Meneroka pemahaman kemahiran saintifik melalui amali Biologi hibrid dalam kalangan murid Tingkatan Empat di Selangor, Malaysia
description Biologi ialah satu disiplin ilmu yang berorientasikan amali. Amali merupakan aktiviti teras dalam proses pembelajaran Biologi yang mengutamakan kaedah penyiasatan dan penyelesaian masalah dengan mengaplikasikan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik menggabungkan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran saintifik memberi pendedahan kepada murid tentang kaedah dan pembangunan pengetahuan saintifik. Walau bagaimanapun, pendedahan terhadap pelaksanaan amali Biologi dalam membina pengetahuan murid tidak berlaku secara komprehensif. Terdapat beberapa perkara yang dikenal pasti menghalang pelaksanaan amali yang bermakna seperti pelaksanaan amali berpusatkan guru, radas dan bahan di makmal yang ada tidak mencukupi dan kekangan masa pelaksanaan amali di sekolah. Oleh itu, pemupukan kemahiran saintifik secara praktikal dalam amali Biologi adalah penting bagi membolehkan murid merealisasikan sepenuhnya objektif pembelajaran Biologi. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka pemahaman murid terhadap kemahiran saintifik dalam konteks pelaksanaan amali Biologi secara pembelajaran hibrid dalam kalangan murid Tingkatan Empat aliran Sains, Teknologi, Matematik dan Kejuruteraan (STEM) di Selangor. Amali Biologi Hibrid menggunakan Model 5P Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (PBSI) dari teori Konstruktivisme dan Model Visual, Auditori, Kinestatik dan Taktikal (VAKT) sebagai rangka utama dalam pelaksanaan amali kendiri secara pembelajaran hibrid yang mengintegrasikan penggunaan Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK). Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan pendekatan fenomenologi dalam meneroka pengalaman murid yang menjalankan Amali Biologi Hibrid (ABH) di kediaman masing-masing. Sejumlah enam orang peserta kajian telah terlibat dalam kajian ini setelah data mencapai titik tepu. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual separa berstruktur, bahan audio visual dan analisis dokumen. Data transkripsi temu bual yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan teknik analisis tematik dalam pembentukan kod, kategori dan tema bagi menjawab setiap persoalan kajian. Berdasarkan dapatan kajian, persoalan kajian yang pertama menghasilkan tiga tema iaitu penyelesaian masalah bersistematik, penaakulan saintifik dan efikasi kendiri. Persoalan kajian yang kedua menghasilkan dua tema iaitu urutan kemahiran proses sains dan mengorganisasi kemahiran manipulatif. Persoalan kajian yang ketiga pula menghasilkan tiga tema iaitu pembelajaran berstrategi, pembelajaran kendiri dan sokongan keluarga serta interaksi guru dan rakan sebaya. Dapatan tema utama dalam kajian ini melibatkan aspek domain afektif, domain kognitif, domain psikomotor dan domain praktis. Aspek domain afektif memberi makna kemahiran saintifik berdasarkan tingkah laku kesedaran, tanggungjawab dan nilai. Aspek domain kognitif melibatkan proses sintesis dan analisis pemikiran murid dalam pemerolehan pengetahuan melalui pengetahuan kemahiran saintifik. Aspek domain psikomotor menerangkan tentang amalan kemahiran saintifik yang diperoleh oleh murid melalui pelaksanaan ABH. Pembangunan kemahiran saintifik yang berlaku pada murid melalui pelaksanaan ABH adalah berdasarkan aspek domain praktis. Kajian ini memberi implikasi terhadap amalan pihak sekolah dan juga guru dalam menambah baik strategi pedagogi seiring perkembangan semasa pembelajaran Biologi melalui pemupukan kemahiran saintifik. Pengkaji mencadangkan penyelidikan masa depan untuk mengkaji secara empirikal tentang persekitaran pembelajaran amali Biologi secara pelaksanaan pembelajaran hibrid terhadap orientasi matlamat murid, persepsi murid, kualiti penglibatan murid-guru dan penilaian usaha murid dalam melahirkan murid yang lebih menghayati kemahiran saintifik.
format Thesis
author Idris, Nazihah
author_facet Idris, Nazihah
author_sort Idris, Nazihah
title Meneroka pemahaman kemahiran saintifik melalui amali Biologi hibrid dalam kalangan murid Tingkatan Empat di Selangor, Malaysia
title_short Meneroka pemahaman kemahiran saintifik melalui amali Biologi hibrid dalam kalangan murid Tingkatan Empat di Selangor, Malaysia
title_full Meneroka pemahaman kemahiran saintifik melalui amali Biologi hibrid dalam kalangan murid Tingkatan Empat di Selangor, Malaysia
title_fullStr Meneroka pemahaman kemahiran saintifik melalui amali Biologi hibrid dalam kalangan murid Tingkatan Empat di Selangor, Malaysia
title_full_unstemmed Meneroka pemahaman kemahiran saintifik melalui amali Biologi hibrid dalam kalangan murid Tingkatan Empat di Selangor, Malaysia
title_sort meneroka pemahaman kemahiran saintifik melalui amali biologi hibrid dalam kalangan murid tingkatan empat di selangor, malaysia
publishDate 2022
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113676/1/113676.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113676/
_version_ 1816132756962279424
spelling my.upm.eprints.1136762024-11-13T06:48:23Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113676/ Meneroka pemahaman kemahiran saintifik melalui amali Biologi hibrid dalam kalangan murid Tingkatan Empat di Selangor, Malaysia Idris, Nazihah Biologi ialah satu disiplin ilmu yang berorientasikan amali. Amali merupakan aktiviti teras dalam proses pembelajaran Biologi yang mengutamakan kaedah penyiasatan dan penyelesaian masalah dengan mengaplikasikan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik menggabungkan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran saintifik memberi pendedahan kepada murid tentang kaedah dan pembangunan pengetahuan saintifik. Walau bagaimanapun, pendedahan terhadap pelaksanaan amali Biologi dalam membina pengetahuan murid tidak berlaku secara komprehensif. Terdapat beberapa perkara yang dikenal pasti menghalang pelaksanaan amali yang bermakna seperti pelaksanaan amali berpusatkan guru, radas dan bahan di makmal yang ada tidak mencukupi dan kekangan masa pelaksanaan amali di sekolah. Oleh itu, pemupukan kemahiran saintifik secara praktikal dalam amali Biologi adalah penting bagi membolehkan murid merealisasikan sepenuhnya objektif pembelajaran Biologi. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka pemahaman murid terhadap kemahiran saintifik dalam konteks pelaksanaan amali Biologi secara pembelajaran hibrid dalam kalangan murid Tingkatan Empat aliran Sains, Teknologi, Matematik dan Kejuruteraan (STEM) di Selangor. Amali Biologi Hibrid menggunakan Model 5P Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (PBSI) dari teori Konstruktivisme dan Model Visual, Auditori, Kinestatik dan Taktikal (VAKT) sebagai rangka utama dalam pelaksanaan amali kendiri secara pembelajaran hibrid yang mengintegrasikan penggunaan Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK). Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan pendekatan fenomenologi dalam meneroka pengalaman murid yang menjalankan Amali Biologi Hibrid (ABH) di kediaman masing-masing. Sejumlah enam orang peserta kajian telah terlibat dalam kajian ini setelah data mencapai titik tepu. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual separa berstruktur, bahan audio visual dan analisis dokumen. Data transkripsi temu bual yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan teknik analisis tematik dalam pembentukan kod, kategori dan tema bagi menjawab setiap persoalan kajian. Berdasarkan dapatan kajian, persoalan kajian yang pertama menghasilkan tiga tema iaitu penyelesaian masalah bersistematik, penaakulan saintifik dan efikasi kendiri. Persoalan kajian yang kedua menghasilkan dua tema iaitu urutan kemahiran proses sains dan mengorganisasi kemahiran manipulatif. Persoalan kajian yang ketiga pula menghasilkan tiga tema iaitu pembelajaran berstrategi, pembelajaran kendiri dan sokongan keluarga serta interaksi guru dan rakan sebaya. Dapatan tema utama dalam kajian ini melibatkan aspek domain afektif, domain kognitif, domain psikomotor dan domain praktis. Aspek domain afektif memberi makna kemahiran saintifik berdasarkan tingkah laku kesedaran, tanggungjawab dan nilai. Aspek domain kognitif melibatkan proses sintesis dan analisis pemikiran murid dalam pemerolehan pengetahuan melalui pengetahuan kemahiran saintifik. Aspek domain psikomotor menerangkan tentang amalan kemahiran saintifik yang diperoleh oleh murid melalui pelaksanaan ABH. Pembangunan kemahiran saintifik yang berlaku pada murid melalui pelaksanaan ABH adalah berdasarkan aspek domain praktis. Kajian ini memberi implikasi terhadap amalan pihak sekolah dan juga guru dalam menambah baik strategi pedagogi seiring perkembangan semasa pembelajaran Biologi melalui pemupukan kemahiran saintifik. Pengkaji mencadangkan penyelidikan masa depan untuk mengkaji secara empirikal tentang persekitaran pembelajaran amali Biologi secara pelaksanaan pembelajaran hibrid terhadap orientasi matlamat murid, persepsi murid, kualiti penglibatan murid-guru dan penilaian usaha murid dalam melahirkan murid yang lebih menghayati kemahiran saintifik. 2022-11 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113676/1/113676.pdf Idris, Nazihah (2022) Meneroka pemahaman kemahiran saintifik melalui amali Biologi hibrid dalam kalangan murid Tingkatan Empat di Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Biology - Study and teaching (Secondary) - Malaysia Biology - Practice exercises Scientific ability
score 13.222552