Perbezaan tahap kualiti functional movement screen antara tiga kumpulan penari berlainan bangsa dalam kalangan penari tradisional

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti perbezaan tahap kualiti pergerakan dalam kalangan penari tradisional di Malaysia menggunakan alat penilaian pergerakan functional movement screen (FMS). Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang melibatkan 66 penari (M = 33, F = 33). Kajian ini me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: A.Maniveloo, Segar
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113351/1/113351.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113351/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti perbezaan tahap kualiti pergerakan dalam kalangan penari tradisional di Malaysia menggunakan alat penilaian pergerakan functional movement screen (FMS). Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang melibatkan 66 penari (M = 33, F = 33). Kajian ini melibatkan penari tarian tradisional daripada 3 kumpulan iaitu melayu (MD = 22) cina (CD = 22) dan India (ID = 22). Analisis diskriptif menunjukkan tahap FMS penari cina lebih baik daripada penari lain dengan (M = 18.50, SD = 1.102), diikuti penari india (M = 18.23, SD = 1.445) dan terendah ialah penari melayu (M = 16.18, SD = 2.062) dan Jumlah (M = 17.64, SD 1.878). Analisis ujian ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan untuk skor FMS dengan ketiga-tiga kumpulan penari , F (2,63) = 14.026, p =.000. Bagi analisis perbezaan bagi tujuh ujian FMS pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi ujian deep squat (F (2,63) = 7.537, p =.001), hurdle step ( F (2,63) = 10.091, p =.000), shoulder mobility (F (2,63) = 6.173, p =.004), active straight leg raise (F (2,63) = 7.603, p =.001) dan trunk stability push-up (F (2,63) = 3.506, p =.036). Manakala, tiada perbezaan yang signifikan bagi ujian inline lunges (F (2,63) = .220, p =.803) dan rotary stability (F (2,63) = 2.643, p =.079). Dapatan ini menunjukkan penguasaan pergerakan asas tarian penari cina dan india lebih baik jika dibandingkan dengan tarian tradisional Melayu yang kurang mengutamakan penguasaan fleksibiliti, keseimbangan, koordinasi dan kelenturan.