Amalan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (Tqm) Di Beberapa Agensi Kerajaan
Kajian ini dibuat dengan tujuan untuk memahami kaedah pelaksanaan TQM di beberapa agensi kerajaan daripada perspektif penyelaras TQM. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengetahui : ( l ) cara pelaksanaan TQM dan (2) ciri yang membawa kejayaan pelaksanaan TQM di agensi-agensi berkenaan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Project Paper Report |
Language: | English Malay |
Published: |
1995
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11141/1/FPP_L_1995_10.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11141/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dibuat dengan tujuan untuk memahami kaedah pelaksanaan
TQM di beberapa agensi kerajaan daripada perspektif penyelaras TQM. Secara
khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengetahui : ( l ) cara pelaksanaan TQM
dan (2) ciri yang membawa kejayaan pelaksanaan TQM di agensi-agensi
berkenaan.
Kajian ini dijalankan ke atas enam buah agensi kerajaan yang menjadi
calon Anugerah Kualiti Perdana Menteri tahun 1993 . Kajian ini menggunakan
kaedah penyelidikan kualitatif di mana data dikutip melalui temuduga tidak
berstruktur. Selain daripada temuduga, dokumen yang mengandungi maklumat
tentang TQM juga dikutip daripada informan dan dijadikan sebagai sumber
data. Data dianalisis melalui proses membentuk kategori, mengekodkan data,
mengkategori data dan melaporkan hasil temuan.
Kajian ini menunjukkan perkara-perkara berikut dilakukan dalam
pelaksanaan TQM: ( 1 ) menjalankan aktiviti penambahbaikan kualiti, (2)
mewujudkan polisi kualiti, (3) membentuk struktur kualiti, (4) memberi latihan
kepada setiap peringkat kakitangan tentang TQM, (5) mengawas aktiviti
penambahbaikan kualiti dan kumpulan kualiti, (6) mengambil strategi baru dan (7) mengguna khidmat perunding dalam beberapa bidang tertentu terutama
dalam bidang latihan. |
---|