Analisis Keperluan Latihan Untuk Pegawai Tadbir (N3) Universiti Pertanian Malaysia

Analisis keperluan latihan pegawai tadbir (N3) Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dijalankan selaras dengan perancangan pengkorporatan universiti ini. Kajian ini bertujuan mengetahui pengetahuan dan kemahiran N3 yang diperlukan bagi membantu universiti ini mencapai misi barunya. Kajian ini juga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hamzah, A'ni
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1995
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11138/1/FPP_L_1995_7.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11138/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Analisis keperluan latihan pegawai tadbir (N3) Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dijalankan selaras dengan perancangan pengkorporatan universiti ini. Kajian ini bertujuan mengetahui pengetahuan dan kemahiran N3 yang diperlukan bagi membantu universiti ini mencapai misi barunya. Kajian ini juga adalah untuk mengetahui kecukupan kemahiran N3 dan keperluan latihan mereka mengikut jabatan (Jabatan Pendaftar, Canselori dan Fakulti). Selain dari itu, kajian juga adalah untuk melihat perbezaan tanggapan antara N3 dan ketua mereka terhadap keperluan latihan. Kajian ini berdasarkan tugas-tugas N3 dan tertumpu kepada fungsifungsi pengurusan. Responden terdiri daripada 37 orang N3 dan 37 orang ketua atau penyelia mereka. Kajian ini menggunakan dua komponen penilaian iaitu perkaitan dengan tugas dan kecekapan pegawai. Keutamaan latihan dikategorikan mengikut gabungan skor purata komponen 'perkaitan dengan tugas' dan 'kekurangan kemahiran'. Darjah keperluan latihan yang tinggi ditunjukkan oteh pasangan skor 'perkaitan dengan tugas' yang tinggi dan skor 'kekurangan kemahiran' yang tinggi. Analisis keperluan Iatihan ini mendapati bahawa dari aspek perkaitan subjek latihan dengan tugas, 60.7% N3 mempunyai skor pemberat pada tahap sederhana dan 39.3% N3 mempunyai skor pemberat pada tahap tinggi. Dad aspek kekurangan kemahiran pula, 2 1 .4% N3 mempunyai skor pemberat pada tahap sederhana dan 78.6% mempunyai skor pemberat pada tahap tinggi.