Nasihat Syeikh Nur Al-Din Al-Raniri dalam membina nilai murni para umarak demi kesejahteraan rakyat dan bangsa

Karya Bustan al-Salatin dianggap sebagai sebuah karya Melayu tradisional dalam bidang sejarah dan adab yang terbesar yang mengandungi tujuh bab, dan 60 fasal dengan kandungannya meliputi bidang sejarah, falsafah moral dan etika, tasawuf bahkan perubatan Melayu tradisional. Pengarangnya, iaitu Syeikh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Rodi, Rozita
Format: Article
Published: Penerbit Universiti Putra Malaysia 2023
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/110103/
https://journalfbmk.upm.edu.my/ojs3/index.php/mahawangsa/issue/view/73
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Karya Bustan al-Salatin dianggap sebagai sebuah karya Melayu tradisional dalam bidang sejarah dan adab yang terbesar yang mengandungi tujuh bab, dan 60 fasal dengan kandungannya meliputi bidang sejarah, falsafah moral dan etika, tasawuf bahkan perubatan Melayu tradisional. Pengarangnya, iaitu Syeikh Nur al-Din al-Raniri merupakan seorang berbangsa India dari Randir, Gujerat. Beliau pernah berkhidmat sebagai Syeikhul al-Islam pada kerajaan Aceh dalam abad ke-17. Belasan karya beliau dalam bahasa Melayu meliputi pelbagai bidang ilmu Islam, sejarah, falsafah etika bahkan dalam bidang perubatan tradisional. Karya beliau itu telah disebar dan dibaca di seluruh Alam Melayu. Namun begitu, beliau lebih terkenal dalam bidang ilmu Islam, termasuk ilmu fiqah, ilmu kalam, tasawuf dan pemikiran Islam menentang kaum wujudiyah yang dianggap oleh beliau sebagai pembawa ilmu sesat atau zindiq. Beliau juga boleh dianggap sebagai pendukung dan pembela pendekatan pemerintahan yang berasaskan etika dan nilai murni, seperti yang terkandung dalam karya terbesar atau magnum opus beliau Bustan al-Salatin. Hakikat ini boleh ditelusuri dalam pelbagai nasihat beliau dalam Bustan al-Salatin yang secara khusus ditujukan kepada Sultan Aceh Sultan Iskandar Thani, penaung beliau, tetapi secara umum nasihat itu ditujukan juga kepada para umarak Melayu. Fokus utama kertas kerja ini ialah untuk menganalisis beberapa nasihat beliau yang tercatat dalam karya Bustan al-Salatin yang mendukung kaedah pemerintahan berasaskan etika dan nilai murni yang memberikan manfaat besar kepada rakyat jelata. Kertas kerja ini juga akan membincangkan kandungan utama Bustan al-Salatin secara umum, namun fokus perbincangan ialah petikan beberapa nasihat yang ditujukan kepada para umarak, demi menggalak dan mendorong mereka melaksanakan pemerintahan berdasarkan nilai murni dan akhlak mulia agar rakyat dan negeri menjadi aman dan sejahtera dengan mendapat kejayaan yang hakiki, bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak.