Pemerolehan bahasa pertama remaja Attention Deficit Hiperactivity Disorder terhadap arahan semasa pandemik COVID-19

Kajian ini dijalankan bertujuan melihat sejauh mana pemerolehan bahasa remaja berkeperluan khas terhadap arahan sepanjang pandemik Covid-19. Selain itu, bertujuan menganalisis pemerolehan bahasa (B1) dalam arahan yang diberikan semasa pandemik dengan mengaplikasikan Teori Perkembangan Kognitif Piage...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd Nasir, Siti Noridayu, Abdul Halim, Hazlina, Yahaya, Ahmad Shuib
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris 2023
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/109557/1/109557.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/109557/
https://bitarajournal.com/index.php/bitarajournal/article/view/389
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan melihat sejauh mana pemerolehan bahasa remaja berkeperluan khas terhadap arahan sepanjang pandemik Covid-19. Selain itu, bertujuan menganalisis pemerolehan bahasa (B1) dalam arahan yang diberikan semasa pandemik dengan mengaplikasikan Teori Perkembangan Kognitif Piaget (1960). Seterusnya, kajian dijalankan dengan melihat kepada pemahaman tentang arahan dalam pematuhan Standard Operation Procedure (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mengaitkannya menggunakan teori yang dipelopori oleh Jean Piaget. Pemerolehan bahasa (B1) juga dilihat melalui pengetahuan tentang virus Covid-19 melalui informasi yang dikeluarkan oleh KKM secara rasmi. Responden kajian adalah seorang remaja yang dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) masalah pembelajaran dari negeri Perlis dipilih dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah artikel dan poster yang dikeluarkan oleh KKM melalui laman facebook rasmi KKM. Temu bual bersama responden dirakam dan ditranskripsi secara teks untuk proses dokumentasi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa remaja berkeperluan khas dapat memahami dengan jelas arahan semasa pandemik Covid-19 kerana terdapat arahan yang diketahui dengan jelas melalui media elektronik. Malah, peringatan secara berulang kali oleh ahli keluarga dan orang sekeliling menjadi perkara penting yang diingati dengan jelas oleh responden. Responden dilihat dapat melaksanakan arahan semasa pandemik Covid-19 dengan jelas dan memahami tentang bahaya serta kesan akibat jangkitan virus tersebut kepada manusia. Malah, melalui kajian ini cara penyampaian maklumat sepanjang pandemik Covid -19 yang menunjukkan keberkesanannya boleh diaplikasikan dalam proses pembelajaran remaja berkeperluan khas.