Kaedah eksperimen pilihan diskret: kesanggupan membayar isi rumah terhadap penambahbaikan perkhidmatan rawatan air sisa
Pengurusan air sisa secara lestari adalah sangat penting bagi melahirkan persekitaran yang selamat dan bersih, menjaga kesihatan awam, dan memelihara sumber air dengan baik. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui kesediaan membayar isi rum...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Secholian Publication
2023
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/109194/ https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/2205 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pengurusan air sisa secara lestari adalah sangat penting bagi melahirkan persekitaran yang selamat dan bersih, menjaga kesihatan awam, dan memelihara sumber air dengan baik. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui kesediaan membayar isi rumah berkaitan usaha penambahbaikan perkhidmatan rawatan air sisa di Malaysia. Sejumlah 600 orang responden di Selangor telah dipilih secara rawak berpandukan soal selidik Kaedah Eksperimen Pilihan Diskret (DCE) yang digunakan oleh kajian ini. Berdasarkan perbincangan yang diadakan oleh Kumpulan Berfokus, beberapa atribut telah dikenal pasti seperti kualiti air sungai (sedikit tercemar dan bersih), peningkatan kualiti enap cemar (80% dan 90%), standard masa pembaikan (12 jam dan 24 jam), jarak loji (50-100 meter dan 100-150 meter), dan bayaran tambahan bulanan (RM1, RM3, dan RM5) untuk dipertimbangkan dalam model DCE. Manakala dari segi penganggaran nilai lebihan terpampas, rata-rata isi rumah bersedia untuk membayar harga premium bagi mendapatkan semua penambahbaikan atribut rawatan airsisa yang dimodelkan, iaitu 54 peratus berbanding kadar semasa. Hasil kajian yang diperoleh boleh dijadikan sebagai asas untuk mendukung pembekal perkhidmatan dan badan kerajaan dalam menentukan strategi pengurusan air sisa yang lebih bermanfaat kepada para pengguna. |
---|