Persepsi Guru Terhadap Peranan Jawatankuasa Penasihat di Sekolah Menengah Teknik
Objektif kajian adalah untuk meninjau persepsi guru terhadap peranan utama Jawatankuasa Penasihat di sekolah, mengenal pasti sarna ada terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi guru terhadap peranan Jawatankuasa Penasihat berdasarkan jantina, kategori tugas, peringkat latihan guru di sek...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Project Paper Report |
Language: | English Malay |
Published: |
1999
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10841/1/FPP_1999_32_A.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10841/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Objektif kajian adalah untuk meninjau persepsi guru terhadap peranan
utama Jawatankuasa Penasihat di sekolah, mengenal pasti sarna ada terdapat
perbezaan yang signifikan antara persepsi guru terhadap peranan Jawatankuasa
Penasihat berdasarkan jantina, kategori tugas, peringkat latihan guru di sekolah,
mengenal pasti sarna ada terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi
dengan umur, persepsi dengan pengalaman berkhidmat guru di sekolah dan
meninjau cadangan guru untuk meningkatkan keberkesanan Jawatankuasa
Penasihat di sekolah. Responden kajian terdiri daripada 160 orang guru di Sekolah
Menengah Teknik di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Data
dikumpul dengan menggunakan soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan
taburan kekerapan dan peratusan, ujian t dan ujian korelasi Pearson. Hasil analisis
menunjukkan responden bersetuju bahawa peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
berbeza dengan Jawatankuasa Penasihat. Responden juga berpersepsi positif
terhadap peranan Jawatankuasa Penasihat. Kajian juga menunjukkan tidak wujud
perbezaan yang signifikan antara persepsi dengan jantina, kategori guru dan
peringkat latihan guru. Manakala hubungan persepsi dengan umur dan persepsi
dengan pengalaman mengajar adalah lemah. Responden juga mencadangkan agar
Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor industri menjalin pemuafakatan baru
dan mengutamakan keIjaya serta khidmat bimbingan kepada pelajar Sekolah
Menengah Teknik. |
---|