Pengalaman pembelajaran, perancangan dan eksplorasi kerjaya, efikasi kendiri, ekspektasi hasil dan matlamat dengan kepastian kerjaya pelajar kolej vokasional
Kepastian kerjaya dalam kalangan pelajar sangat penting dalam menentukan kesediaan mereka untuk menceburi bidang kerjaya pilihan. Pelajar Kolej Vokasional (KV) selalu dikatakan tidak dapat membuat keputusan kerjaya, tiada atau kurang maklumat dan pendedahan tentang kerjaya dan tidak mampu untuk meny...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104773/1/FPP%202022%2032%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104773/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kepastian kerjaya dalam kalangan pelajar sangat penting dalam menentukan kesediaan mereka untuk menceburi bidang kerjaya pilihan. Pelajar Kolej Vokasional (KV) selalu dikatakan tidak dapat membuat keputusan kerjaya, tiada atau kurang maklumat dan pendedahan tentang kerjaya dan tidak mampu untuk menyelesaikan masalah kerjaya mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepastian kerjaya; tahap pengalaman pembelajaran; tahap perancangan kerjaya; tahap eksplorasi kerjaya; tahap efikasi kendiri; tahap ekspektasi hasil; dan tahap matlamat kerjaya pelajar KV di negeri Selangor.
Hubungan antara kepastian kerjaya dengan pemboleh ubah tak bersandar iaitu
pengalaman pembelajaran; perancangan kerjaya; eksplorasi kerjaya; efikasi kendiri; ekspektasi hasil; dan matlamat turut dikenal pasti. Kajian ini melibatkan
230 orang pelajar tahun satu KV di negeri Selangor. Kaedah pensampelan rawak mudah digunakan untuk mendapatkan sampel kajian. Instrumen kajian
dan soal selidik digunakan untuk mengumpul data kajian. Tahap kepastian kerjaya diukur menggunakan Career Decision Scale (CDS). Manakala pengalaman pembelajaran menggunakan Career Exploration and Decision Learning Experience (CEDLE); perancangan kerjaya dan eksplorasi kerjaya menggunakan Career Development Inventory (CDI); efikasi kendiri menggunakan Career Exploration and Decision Self Efficacy-Brief Decision
(CEDSE-BD); ekspektasi hasil dan matlamat kerjaya menggunakan Career
Decision Making Outcome Expectancies and Exploratory (CDMOE). Nilai Alpha Cronbach untuk kebolehpercayaan soal selidik adalah lebih besar dari .76 (r > 0.76). Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Hasil dapatan menunjukkan tahap kepastian kerjaya pelajar berada pada tahap developmentally undecided. Tahap pengalaman pembelajaran; ekplorasi kerjaya; dan matlamat kerjaya pada tahap sederhana. Bagi tahap perancangan kerjaya; efikasi kendiri; dan ekspektasi hasil menunjukkan tahap yang tinggi.
Hasil analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan positif di antara pengalaman pembelajaran dengan kepastian kerjaya. Kajian ini menunjukkan faktor pengalaman pembelajaran merupakan faktor pengesah
yang mempengaruhi kepada kepastian kerjaya. Secara keseluruhannya, pelajar
perlu didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kerjaya dalam
membolehkan mereka membuat satu keputusan kerjaya yang tepat. |
---|