Penerapan elemen kerohanian dalam program penjagaan kebersihan sekolah menengah di Selangor, Malaysia
Kebersihan kawasan persekitaran yang baik mendorong pelestarian sebuah tamadun yang stabil. Pada tahun 2004, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah atau Program 3K. Program ini merupakan penambahba...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104384/1/MOHD%20TAUFIK%20BIN%20MOHD%20AYUP%20-IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104384/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
id |
my.upm.eprints.104384 |
---|---|
record_format |
eprints |
institution |
Universiti Putra Malaysia |
building |
UPM Library |
collection |
Institutional Repository |
continent |
Asia |
country |
Malaysia |
content_provider |
Universiti Putra Malaysia |
content_source |
UPM Institutional Repository |
url_provider |
http://psasir.upm.edu.my/ |
language |
English |
topic |
School hygiene - Malaysia Students - Health and hygiene Malaysia. Student ethics |
spellingShingle |
School hygiene - Malaysia Students - Health and hygiene Malaysia. Student ethics Mohd Ayup, Mohd Taufik Penerapan elemen kerohanian dalam program penjagaan kebersihan sekolah menengah di Selangor, Malaysia |
description |
Kebersihan kawasan persekitaran yang baik mendorong pelestarian sebuah
tamadun yang stabil. Pada tahun 2004, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah memperkenalkan Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan
dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah atau Program 3K. Program ini
merupakan penambahbaikan daripada program sedia ada yang merangkumi
tiga program yang berasingan iaitu Program Sekolah Selamat, Program
Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah
yang telah dimulakan pada tahun 1991. Program ini nampak berjaya
mengubah pemandangan kawasan sekolah yang lebih ceria dan selamat.
Selain itu, Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar turut mengadakan aktiviti memperkasakan budaya alam sekitar di
sekolah dengan mewujudkan satu lagi program alam sekitar yang dinamakan
Sekolah Lestari : Anugerah Alam Sekitar yang dilaksanakan di peringkat
sekolah rendah dan menengah. Program tersebut bertujuan membentuk
persekitaran sekolah yang mementingkan pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan
penghijauan sekali gus secara tidak langsung turut terlibat dalam usaha
menjaga kebersihan sekolah. Namun akhirnya sebenarnya, kawasan sekolah
yang bersih, ceria dan selamat yang dipersembahkan tidak semestinya
menggambarkkan budaya dan tingkah laku positif warga sekolah dalam
menjaga kebersihan, keselamatan dan keceriaan kawasan sekolah. Hal ini
kerana dari sudut yang lain, kes denggi kian meningkat dari masa ke masa. Air
yang bertakung akibat sampah sarap menjadikan tempat pembiakan nyamuk
aedes. Kes denggi yang kian meningkat menunjukkan bahawa sampah sarap
kian meruncing. Keupayaan akademik pelajar semakin cemerlang kian tahun.
Namun masalah kebersihan pula semakin meruncing kian tahun. Apakah
kecemerlangan akademik tidak membantu mengurangkan sampah sarap atau
menjadikan manusia lebih berakhlak mulia? Apakah sebenarnya persepsi
pelajar dan masyarakat terhadap penjagaan kebersihan kawasan persekitaran?
Untuk itu, perlu dirujuk kembali Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1996 yang
telah menggariskan bahawa usaha-usaha pendidikan negara ini adalah
melahirkan insan yang berpotensi secara menyeluruh dan seimbang yang
menerapkan empat elemen asas iaitu intelek, emosi, jasmani dan rohani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Objektif kajian ini
berhasrat melihat bagaimanakah penerapan elemen kerohanian dan mengenal
pasti keberkesanan Program 3K dengan mengenal pasti persepsi, tingkah laku
positif dan pembentukan sahsiah pelajar. Data dikumpul melalui pengedaran
borang soal selidik. Alat kajian yang telah digunakan adalah dibina sendiri.
Soal selidik diedarkan kepada 382 pelajar di negeri Selangor. Data yang
diperoleh diproses dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 20.
Teknik analisis deskriptif digunakan untuk menilai tahap pengetahuan dan
persepsi, ujian-t untuk melihat perbezaan antara pelajar bandar dengan luar
bandar dan korelasi bagi melihat perkaitan tahap pengetahuan pelajar
terhadap tingkah laku pelajar. Keputusan boleh disimpulkan bahawa tahap
pengetahuan pelajar terhadap Program 3K tidak mendorong perilaku positif
pelajar dalam menjaga kebersihan kawasan persekitaran. Hal ini disebabkan
oleh pelaksanaan dan penerapan aspek kerohanian begitu lemah dan tidak
diberikan perhatian dalam membina perilaku dan jati diri pelajar. Hal ini tidak
menepati FPK yang bermatlamatkan pelajar yang seimbang dan menyeluruh
dengan menerapkan empat komponen iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Hasil kajian melihat beberapa perkara penting. Antaranya; 1) secara
keseluruhan pengetahuan pelajar terhadap Program 3K adalah pada tahap
yang sederhana; 2) secara keseluruhan penerapan elemen-elemen
Kerohanian dalam program penjagaan kebersihan dalam Program 3K adalah
pada tahap sederhana; 3) persepsi pelajar terhadap keberkesanan Program
3K di sekolah khususnya komponen kebersihan adalah persepsi positif; 4)
tingkah laku pelajar terhadap penjagaan kebersihan di luar kawasan sekolah
adalah tingkah laku positif; 5) persepsi pelajar terhadap tanggungjawab
menjaga kebersihan adalah perspektif yang negatif; dan 6) perkaitan songsang
antara tahap pengetahuan dengan tingkah laku pelajar iaitu semakin tinggi
tahap pengetahuan pelajar semakin rendah akhlak pelajar. |
format |
Thesis |
author |
Mohd Ayup, Mohd Taufik |
author_facet |
Mohd Ayup, Mohd Taufik |
author_sort |
Mohd Ayup, Mohd Taufik |
title |
Penerapan elemen kerohanian dalam program penjagaan kebersihan sekolah menengah di Selangor, Malaysia |
title_short |
Penerapan elemen kerohanian dalam program penjagaan kebersihan sekolah menengah di Selangor, Malaysia |
title_full |
Penerapan elemen kerohanian dalam program penjagaan kebersihan sekolah menengah di Selangor, Malaysia |
title_fullStr |
Penerapan elemen kerohanian dalam program penjagaan kebersihan sekolah menengah di Selangor, Malaysia |
title_full_unstemmed |
Penerapan elemen kerohanian dalam program penjagaan kebersihan sekolah menengah di Selangor, Malaysia |
title_sort |
penerapan elemen kerohanian dalam program penjagaan kebersihan sekolah menengah di selangor, malaysia |
publishDate |
2021 |
url |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104384/1/MOHD%20TAUFIK%20BIN%20MOHD%20AYUP%20-IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104384/ |
_version_ |
1775624540266692608 |
spelling |
my.upm.eprints.1043842023-08-08T07:11:52Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104384/ Penerapan elemen kerohanian dalam program penjagaan kebersihan sekolah menengah di Selangor, Malaysia Mohd Ayup, Mohd Taufik Kebersihan kawasan persekitaran yang baik mendorong pelestarian sebuah tamadun yang stabil. Pada tahun 2004, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah atau Program 3K. Program ini merupakan penambahbaikan daripada program sedia ada yang merangkumi tiga program yang berasingan iaitu Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah yang telah dimulakan pada tahun 1991. Program ini nampak berjaya mengubah pemandangan kawasan sekolah yang lebih ceria dan selamat. Selain itu, Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar turut mengadakan aktiviti memperkasakan budaya alam sekitar di sekolah dengan mewujudkan satu lagi program alam sekitar yang dinamakan Sekolah Lestari : Anugerah Alam Sekitar yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Program tersebut bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang mementingkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan sekali gus secara tidak langsung turut terlibat dalam usaha menjaga kebersihan sekolah. Namun akhirnya sebenarnya, kawasan sekolah yang bersih, ceria dan selamat yang dipersembahkan tidak semestinya menggambarkkan budaya dan tingkah laku positif warga sekolah dalam menjaga kebersihan, keselamatan dan keceriaan kawasan sekolah. Hal ini kerana dari sudut yang lain, kes denggi kian meningkat dari masa ke masa. Air yang bertakung akibat sampah sarap menjadikan tempat pembiakan nyamuk aedes. Kes denggi yang kian meningkat menunjukkan bahawa sampah sarap kian meruncing. Keupayaan akademik pelajar semakin cemerlang kian tahun. Namun masalah kebersihan pula semakin meruncing kian tahun. Apakah kecemerlangan akademik tidak membantu mengurangkan sampah sarap atau menjadikan manusia lebih berakhlak mulia? Apakah sebenarnya persepsi pelajar dan masyarakat terhadap penjagaan kebersihan kawasan persekitaran? Untuk itu, perlu dirujuk kembali Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1996 yang telah menggariskan bahawa usaha-usaha pendidikan negara ini adalah melahirkan insan yang berpotensi secara menyeluruh dan seimbang yang menerapkan empat elemen asas iaitu intelek, emosi, jasmani dan rohani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Objektif kajian ini berhasrat melihat bagaimanakah penerapan elemen kerohanian dan mengenal pasti keberkesanan Program 3K dengan mengenal pasti persepsi, tingkah laku positif dan pembentukan sahsiah pelajar. Data dikumpul melalui pengedaran borang soal selidik. Alat kajian yang telah digunakan adalah dibina sendiri. Soal selidik diedarkan kepada 382 pelajar di negeri Selangor. Data yang diperoleh diproses dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 20. Teknik analisis deskriptif digunakan untuk menilai tahap pengetahuan dan persepsi, ujian-t untuk melihat perbezaan antara pelajar bandar dengan luar bandar dan korelasi bagi melihat perkaitan tahap pengetahuan pelajar terhadap tingkah laku pelajar. Keputusan boleh disimpulkan bahawa tahap pengetahuan pelajar terhadap Program 3K tidak mendorong perilaku positif pelajar dalam menjaga kebersihan kawasan persekitaran. Hal ini disebabkan oleh pelaksanaan dan penerapan aspek kerohanian begitu lemah dan tidak diberikan perhatian dalam membina perilaku dan jati diri pelajar. Hal ini tidak menepati FPK yang bermatlamatkan pelajar yang seimbang dan menyeluruh dengan menerapkan empat komponen iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Hasil kajian melihat beberapa perkara penting. Antaranya; 1) secara keseluruhan pengetahuan pelajar terhadap Program 3K adalah pada tahap yang sederhana; 2) secara keseluruhan penerapan elemen-elemen Kerohanian dalam program penjagaan kebersihan dalam Program 3K adalah pada tahap sederhana; 3) persepsi pelajar terhadap keberkesanan Program 3K di sekolah khususnya komponen kebersihan adalah persepsi positif; 4) tingkah laku pelajar terhadap penjagaan kebersihan di luar kawasan sekolah adalah tingkah laku positif; 5) persepsi pelajar terhadap tanggungjawab menjaga kebersihan adalah perspektif yang negatif; dan 6) perkaitan songsang antara tahap pengetahuan dengan tingkah laku pelajar iaitu semakin tinggi tahap pengetahuan pelajar semakin rendah akhlak pelajar. 2021-02 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104384/1/MOHD%20TAUFIK%20BIN%20MOHD%20AYUP%20-IR.pdf Mohd Ayup, Mohd Taufik (2021) Penerapan elemen kerohanian dalam program penjagaan kebersihan sekolah menengah di Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. School hygiene - Malaysia Students - Health and hygiene Malaysia. Student ethics |
score |
13.211869 |