Kesangsian terhadap agama: memetakan wacana-wacana Barat yang melingkari "Kemodenan" Abdullah Munsyi
Makalah ini bertitik tolak daripada pengamatan awal terhadap korpus kesarjanaan tentang Abdullah Munsyi, seorang tokoh yang diberikan gelaran “Bapa Kesusasteraan Melayu Moden”. Pengamatan ini menyerlahkan beberapa kecenderungan dalam kajian-kajian ilmiah sedia ada. Antara kecenderungan tersebut iala...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Penerbit Universiti Sains Malaysia
2022
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/102043/ http://web.usm.my/kajh/vol29_1_2022.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Makalah ini bertitik tolak daripada pengamatan awal terhadap korpus kesarjanaan tentang Abdullah Munsyi, seorang tokoh yang diberikan gelaran “Bapa Kesusasteraan Melayu Moden”. Pengamatan ini menyerlahkan beberapa kecenderungan dalam kajian-kajian ilmiah sedia ada. Antara kecenderungan tersebut ialah perakuan terhadap “kemodenan” Abdullah Munsyi serta peranan Barat dalam soal kemodenan beliau. Selain itu ialah polemik tentang kewajaran Abdullah Munsyi menerima gelaran tersebut. Dalam konteks kecenderungan korpus yang sedemikian, makalah ini menghujahkan bahawa sejarah serta perkembangan intelektual di Barat memainkan peranan yang signifikan dalam usaha memahami kedudukan Abdullah Munsyi dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Justeru, makalah ini bertujuan untuk memetakan wacana-wacana Barat yang melingkari soal “kemodenan” Abdullah Munsyi, dan seterusnya mengenal pasti idea utama yang menyatukan wacana-wacana tersebut. Makalah ini berhasil dalam memetakan Sekularisme dan Modenisme sebagai wacana-wacana yang terlebih dahulu timbul di Barat, yang kemudiannya melingkari perbahasan tentang “kemodenan” Abdullah Munsyi. Pemetaan ini turut memungkinkan pengenalpastian idea utama yang menunjangi kedua-dua wacana tersebut, iaitu kesangsian terhadap agama terutamanya autoriti keagamaan yang melingkari gelaran “Bapa Kesusasteraan Melayu Moden” kepada Abdullah Munsyi. |
---|