Novel-Novel Zailiani Taslim: Analisis Kehendak Remaja

Zailiani Taslim telah muncul sebagai salah seorang penulis Malaysia yang secara konsisten menghasilkan karya dalam genre sastera remaja. Karya-karya penulis ini dalam genre berkaitan memperlihatkan penampilan remaja secara berkesan dalam masyarakat yang diwakilinya. Kajian ini melibatkan enam buah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Hanafiah, Halis Azhan
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2002
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10161/1/FBMK_2002_10_A.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10161/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Zailiani Taslim telah muncul sebagai salah seorang penulis Malaysia yang secara konsisten menghasilkan karya dalam genre sastera remaja. Karya-karya penulis ini dalam genre berkaitan memperlihatkan penampilan remaja secara berkesan dalam masyarakat yang diwakilinya. Kajian ini melibatkan enam buah novel beliau iaitu Jambatan Kasih, Dari Padang Hijau, Semesra Kota Ku, Ladang, Keringat Dan Ginta, Meredah Onak dan Hempasan Ombak. Memandangkan novel remaja turut menyumbang kepada pembangunan diri remaja, maka kajian ini bermatlamat untuk melihat kehendak-kehendak yang ingin dipenuhi oleh remaja dalam kehidupan mereka. Untuk melihat kehendak-kehendak ini secara sistematik, maka teori Hierarki Kehendak Manusia yang dicetuskan oleh Abraham H. Maslow digunakan. Dalam konteks ini, aspek watak dan perwatakan remaja tidak diketepikan. Keputusan kajian mendapati bahawa watak-watak memperagakan nilai-nilai positif yang konsisten dalam mencapai kehendak-kehendak mereka. Semua watak mencapai tiga peringkat pertama hierarki kehendak iaitu peringkat kehendak fisiologi, peringkat kehendak keselamatan dan peringkat kehendak kasih sayang dan keinginan dimiliki, empat daripada enam watak mencapai peringkat penghargaan kendiri dan tiada seorang pun mencapai peringkat penyempurnaan kendiri.