Pandemik Covid-19 : Realiti Kegusaran Pekerja Berkaitan Jaminan dari Pekerjaan

Pandemik COVID-19 di Malaysia memberikan pelbagai impak yang besar terhadap kehidupan seharian masyarakat. Pandemik yang menular ini secara tidak langsung telah menjejaskan pelbagai sektor dari sudut kesihatan, keselamatan, ekonomi dan sosial. Wabak ini telah menimbulkan perasaan takut dan keresaha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rusli, Ahmad, Surena, Sabil, Sopian, Bujang
Format: Proceeding
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/41168/1/Pandemik%20Covid-19.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/41168/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pandemik COVID-19 di Malaysia memberikan pelbagai impak yang besar terhadap kehidupan seharian masyarakat. Pandemik yang menular ini secara tidak langsung telah menjejaskan pelbagai sektor dari sudut kesihatan, keselamatan, ekonomi dan sosial. Wabak ini telah menimbulkan perasaan takut dan keresahan seluruh masyarakat dunia apabila hasil kajian mendapati bahawa wabak ini boleh berjangkit daripada seseorang individu ke individu lain dengan cepat melalui titisan cecair dan sentuhan. Pandemik COVID-19 telah banyak memberikan kesan kepada ekonomi Malaysia terutamanya dalam sektor pekerjaan dan kadar pengangguran juga telah menunjukkan trend peningkatan. Kesannya amat menyeluruh terhadap skala dan jenis pekerjaan serta tiada satu pun yang terkecuali. Terdapat perniagaan yang terpaksa ditutup atau diisytiharkan bankrap dan pelbagai jenis skim pemberhentian atau pembuangan pekerja terpaksa dijalankan. Ada juga sesetengah pekerja yang masih berjuang berhabis-habisan agar kekal dalam konteks perkhidmatan dan perniagaan yang mereka lakukan. Untuk itu kekuatan dari kepelbagaian kecerdasan adalah diperlukan. Pelbagai pihak berfikir secara serius dan mencari formula terbaik bagi membantu pekerja-pekerja yang terjejas disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini.