Inventori Data Antropometri Untuk Reka Bentuk Produk Sensori Kanak-Kanak Cerebral Palsy

Dalam bidang ergonomik, data antropometri dapat digunakan dan diaplikasikan dalam reka bentuk produk dan juga digunakan untuk mengembangkan proses reka bentuk. Penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengkaji aplikasi data antropometri dalam reka bentuk produk untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Nabilah, Binti Wazir
Format: Thesis
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sarawak 2022
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/39970/6/Master%20Thesis_NUR%20NABILAH%20BINTI%20WAZIR_secured%20%281%29.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/39970/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam bidang ergonomik, data antropometri dapat digunakan dan diaplikasikan dalam reka bentuk produk dan juga digunakan untuk mengembangkan proses reka bentuk. Penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengkaji aplikasi data antropometri dalam reka bentuk produk untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Penyelidikan ini memfokuskan pada pengukuran antropometri tangan kanak-kanak dengan Cerebral Palsy (CP). Pada masa ini tiada data antropometri yang khusus untuk kanak-kanak Cerebral Palsy (CP) di Malaysia. Justeru itu, objektif penyelidikan ini adalah untuk mengaplikasikan dan menganalisis data antropometri kanak-kanak Cerebral Palsy (CP) yang berumur 12 bulan hingga 15 tahun dalam reka bentuk produk. Analisis data menggunakan kaedah statistik deskriptif yang menghasilkan nilai min, peratusan, dan sisihan piawai untuk pemboleh ubah antropometri. 30 orang kanak-kanak dengan Cerebral Palsy (CP) terlibat dalam kajian ini dan 19 dimensi tangan telah diukur. Responden diberitahu terlebih dahulu bahawa penyelidikan ini adalah untuk menghasilkan pangkalan data antropometri yang dapat digunakan untuk membangunkan reka bentuk produk yang bersesuaian bagi kanak-kanak Cerebral Palsy (CP). Hasil kajian yang diperolehi menjadi rujukan dan maklumat untuk proses reka bentuk produk