PENGGUNAAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN GENERASI Z DI MALAYSIA: SATU ANALISIS WACANA KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER

Seiring dengan perkembangan teknologi dan maklumat telah mengubah secara drastik cara manusia berkomunikasi pada masa kini telah mewujudkan kepelbagaian jenis bahasa yang digunakan di media sosial. Medium media sosial adalah penting dalam pembentukan dan penghasilan jenis penggunaan bahasa yang b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nik Amani Nasrin bt Nik Rosli, -
Format: Final Year Project Report
Language:English
English
Published: Universiti Malaysia Sarawak 2022
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/39934/1/FYP_Nik%20Amani%20-%2024%20pages.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/39934/2/FYP_Nik%20Amani_fulltext.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/39934/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Seiring dengan perkembangan teknologi dan maklumat telah mengubah secara drastik cara manusia berkomunikasi pada masa kini telah mewujudkan kepelbagaian jenis bahasa yang digunakan di media sosial. Medium media sosial adalah penting dalam pembentukan dan penghasilan jenis penggunaan bahasa yang baharu terutamanya yang digunakan oleh generasi Z. Generasi Z merupakan golongan yang paling kerap menggunakan media sosial, oleh itu adanya pelbagai jenis bahasa yang digunakan oleh mereka sepanjang berkomunikasi menggunakan media sosial. Oleh itu lebih banyak yang perlu diketahui berkenaan dengan analisis bahasa di media sosial menggunakan pendekatan analisis wacana komunikasi pengantaraan komunikasi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan bahasa dalam media sosial terutamanya dalam kalangan generasi Z di Malaysia dengan menggunakan kaedah analisis wacana komunikasi pengantaraan komputer dengan memfokuskan terhadap medium media sosial yang paling kerap digunakan, jenis penggunaan bahasa dan faktor-faktor yang mempengaruhi jenis penggunaan bahasa. Data perbualan yang dipilih merupakan korpus perbualan yang terkini. Responden kajian merupakan pelajar sekolah menengah dan pelajar IPT yang lahir dalam lingkungan tahun 1995 hingga 2010. Penemuan penyelidikan ini akan menyumbang kepada pemahaman terhadap cara penggunaan analisis wacana komunikasi pengantaraan komputer (CMCDA) digunakan untuk mengetahui jenis bahasa yang digunakan dalam media sosial responden serta mengetahui faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa aplikasi WhatsApp merupakan aplikasi yang paling banyak digunakan oleh responden, oleh itu dapatan jenis bahasa banyak diperoleh di WhatsApp. Selain itu faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa lebih tertumpu kepada kepantasan dan kecepatan dalam berkomunikasi dan faktor lain yang paling kerap mempengaruhi penggunaan bahasa adalah faktor rakan sebaya yang mendorong pengguna untuk menggunakan jenis bahasa yang sama di media sosial.