PERALIHAN DAN PENGEKALAN BAHASA DALAM KALANGAN GENERASI Z KAUM MELANAU DI SARAWAK

Bahasa Melanau merupakan bahasa minoriti yang dituturkan oleh kaum Melanau yang berada di Sarawak. Kaum Melanau terdedah dengan bahasa yang dominan, justeru menyebabkan berlakunya fenomena peralihan dan pengekalan bahasa. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji fenomena peralihan dan pengekalan ba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Adriana binti Dris, -
Format: Final Year Project Report
Language:English
English
Published: Universiti Malaysia Sarawak 2022
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/39547/1/FYP_Adriana%20Dris%20-%2024%20pages.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/39547/6/Adriana%20Binti%20Dris%20ft.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/39547/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bahasa Melanau merupakan bahasa minoriti yang dituturkan oleh kaum Melanau yang berada di Sarawak. Kaum Melanau terdedah dengan bahasa yang dominan, justeru menyebabkan berlakunya fenomena peralihan dan pengekalan bahasa. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji fenomena peralihan dan pengekalan bahasa dalam kalangan generasi Z kaum Melanau di Sarawak. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan bahasa dalam generasi Z kaum Melanau di Bahagian Mukah, Sarawak dengan menggunakan Kerangka Analisis Domain Fishman 1972. Objektif kedua kajian ini adalah untuk menghuraikan fenomena peralihan dan pengekalan bahasa yang berlaku dalam generasi Z kaum Melanau bagi domain kekeluargaan, persabahatan, keagamaan, pendidikan, dan pekerjaan dengan menggunakan Kerangka Vitaliti dan Keterancaman Bahasa UNESCO 2003. Seramai 100 orang responden daripada generasi Z kaum Melanau telah dipilih secara persampelan bertujuan dengan ketetapan kriteria tertentu. Hasil kajian mendapati fenomena peralihan bahasa dalam generasi Z kaum Melanau berlaku dalam domain keagaamaan, persahabatan, pendidikan, dan pekerjaan. Bagi fenomena pengekalan bahasa, bahasa Melanau didapati berada dalam status selamat kerana masih dituturkan oleh generasi Z, di samping generasi tua di sekeliling mereka masih menguasai serta bertutur bahasa Melanau dalam komunikasi harian.