Worldview Mali dalam Kearifan Tempatan Penganan Iban di Sarawak: Satu Penelitian Warisan Tidak Ketara
Masyarakat Iban di Sarawak memiliki demensi atau pandangan yang tersendiri dalam menginterprestasi kepercayaan mereka terhadap dunia dan kehidupan. Kepercayaan atau worldview tersebut memiliki nilai yang signifikan dalam manifestasi kebudayaan ketara dan tidak ketara masyarakat Iban. Oleh itu, p...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/39007/1/Worldview%20Mali%20dalam%20Kearifan%20Tempatan%20Penganan%20Iban.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/39007/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Masyarakat Iban di Sarawak memiliki demensi atau pandangan
yang tersendiri dalam menginterprestasi kepercayaan mereka terhadap dunia
dan kehidupan. Kepercayaan atau worldview tersebut memiliki nilai yang
signifikan dalam manifestasi kebudayaan ketara dan tidak ketara masyarakat
Iban. Oleh itu, penyelidikan ini adalah bersifat etnografi yang memfokuskan
kepada kepercayaan Mali dalam kearifan tempatan membuat Penganan iaitu
sejenis kuih tradisional Iban. Pendekatan penyelidikan ini adalah
menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan melakukan kerja lapangan,
mendokumentasi dan menemu bual informan yang mempunyai kepakaran
dalam budaya Iban. Kawasan penyelidikan iaitu di Lubok Antu, Betong, Sri
Aman dan Limbang telah dipilih sebagai lokasi penyelidikan untuk
mendapatkan kepelbagaian data dari setiap penempatan geografi masyarakat
Iban. Tujuan penyelidikan ini adalah sebagai satu usaha untuk mengarkibkan
dan mengkonservasi kepercayaan Mali sebagai sebuah warisan tidak ketara.
Hasil dapatan mendapati bahawa, kepercayaan Mali masih menjadi sebuah
warisan dalam bentuk kolektif memori dan diamalkan dalam kehidupan
masyarakat Iban kini walaupun mereka telah menganuti agama baharu iaitu
agama Islam dan Kristian. Melalui penyelidikan ini diharapkan mampu
memberikan satu kefahaman yang komprenhensif mengenai adat resam dan
kepercayaan masyarakat pribumi di Malaysia, khususnya masyarakat Iban di
Sarawak. |
---|