Perjalanan Masih Panjang, Aspirasi Dr. Aila Latif. Column Pemikiran (Thoughts).
Sememangnya berbeza pengalaman yang dilalui batch SPM Promax 2020 kali ini kerana tempoh pembelajarannya menggabungkan kaedah konvensional secara bersemuka dan kaedah online sekaligus. Apapun tahniah diucapkan di atas keputusan yang cemerlang para pelajar. Bagi yang kurang menyerlah dalam keputusan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Newspaper Cutting |
Language: | English |
Published: |
SV News Sdn Bhd
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/35655/1/Article%2018.jpg http://ir.unimas.my/id/eprint/35655/ https://suarasarawak.my/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sememangnya berbeza pengalaman yang dilalui batch SPM Promax 2020 kali ini kerana tempoh pembelajarannya menggabungkan kaedah konvensional secara bersemuka dan kaedah online sekaligus. Apapun tahniah diucapkan di atas keputusan yang cemerlang para pelajar. Bagi yang kurang menyerlah dalam keputusan SPM, jangan berpatah hati terlalu awal.
Anggap saja ini suatu permulaan baru dalam kehidupan dewasa. Seeloknya, mulai merancang yang terbaik mengikut keyakinan diri, ianya akan menjadi pemacu kepada kebahagiaan diri yang diimpikan serta kebanggaan keluarga yang akan menyaksikan kesungguhan dan perjuangan diri anda dalam perjalanan seterusnya.
Konteks pelan perancangan individu ini boleh diteliti secara berfasa dan mengikut indikator yang signifikan kepada matlamat. Lihatlah bagaimana perancangan dibuat secara makro melalui Pelan Pemulihan Negara, selepas langkah-langkah membanteras Covid-19. Begitulah juga fasa perancangan pembangunan kerjaya diri boleh diperincikan mengikut fasa dan tempoh masa, serta apakah perkara-perkara penting yang ingin anda matlamatkan sehingga ke penghujung usia nanti.
Bercerita tentang indikator, kita perlu bersifat selektif dan mendalami faktor-faktor yang perlu diutamakan. Dengan masa yang terbatas, adalah mustahil untuk kita meletakkan terlalu banyak matlamat dan perhatian kepada pelbagai perkara dalam satu masa.
Tanyakan pada diri, yang mana lebih memberi makna yang dicari dalam kehidupan. Dengan mengenalpasti keutamaan fokus, kita akan dapat meletakkan fokus dan usaha secara bersasar secara lebih realistik dan munasabah.
Samalah konsepnya dalam pengurusan sesebuah organisasi. Pandanglah pada perspektif strategik, dan rancanglah sebaiknya dengan andaian peningkatan keupayaan sumber pada keadaan industri yang akan pulih nanti. |
---|