Motivasi Dalaman Bantu Pematuhan SOP, Aspirasi Dr. Aila Latif. Column Pemikiran (Thoughts).

Motivasi dalaman ini dilihat penting dan berperanan dalam merealisasikan kepatuhan terhadap SOP. Yang mampu bertahan untuk tidak balik beraya, tidak merentas negeri, tidak membuat apa-apa pelanggaran SOP itu lebih berketahanan dan lebih terhormat. Jadikan kepuasan pada diri sendiri bagi yang m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hamrila, Abdul Latip
Format: Newspaper Cutting
Language:English
Published: SV News Sdn Bhd 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/35654/1/Article%2017.jpg
http://ir.unimas.my/id/eprint/35654/
https://suarasarawak.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Motivasi dalaman ini dilihat penting dan berperanan dalam merealisasikan kepatuhan terhadap SOP. Yang mampu bertahan untuk tidak balik beraya, tidak merentas negeri, tidak membuat apa-apa pelanggaran SOP itu lebih berketahanan dan lebih terhormat. Jadikan kepuasan pada diri sendiri bagi yang mampu menahan diri menghalang jangkitan dan mengelak daripada sebarang rekod saman salah laku. Jangan bosan pada pematuhan SOP yang kita sendiri ketahui membawa manfaat pada yang ramai. Kewaspadaan diri pada cengkaman virus yang mengganas kini bertindan pula dengan keperluan ekonomi yang semakin menekan. Keadaan yang berlarutan akan menyebabkan lebih ramai kelompok masyarakat yang semakin terkesan. Bayangkan jika ini berlarutan, apa lagi agaknya kesan pada diri dan kehidupan anda, juga orang di sekeliling anda? Bila mana syarikat-syarikat besar juga tidak lagi beroperasi dan terpaksa gulung tikar, lebih ramai lagi yang kehilangan pekerjaan. Memahami konsep SOP ini ada persamaannya dengan elemen kawalan di dalam ilmu bidang pengurusan. Ianya mengawal kita agar tidak tersasar daripada apa yang dirancang. Kita harus memastikan tindakan kawalan, rangka masa, dan julat kawalan yang boleh diterima. Dalam konteks pengurusan pandemik, kita merancang untuk bebas daripada virus. Sekiranya berlaku situasi luar julat, apakah tindakan susulan yang harus kita lakukan? Sama ada di peringkat organisasi mahupun individu, sama-samalah kita memutuskan rantaian jangkitan dengan inisiatif kawalan yang proaktif.