Tenggelamnya Kapal Nanggala 402, Aspirasi Dr. Aila Latif. Column Pemikiran (Thoughts).

Keadaan yang tak dijangka menghendaki kita bersedia. Namun perkataan bersedia itu terlalu besar konteksnya. Bersedia yang bagaimanakah agaknya untuk kita menghadapi kemungkinan luar jangka di persekitaran kita? Pertama, yang paling jelas untuk kita semua adalah bersedia pada kehilangan. Apapun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hamrila, Abdul Latip
Format: Newspaper Cutting
Language:English
Published: SV News Sdn Bhd 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/35649/1/Article%2013.jpg
http://ir.unimas.my/id/eprint/35649/
https://suarasarawak.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keadaan yang tak dijangka menghendaki kita bersedia. Namun perkataan bersedia itu terlalu besar konteksnya. Bersedia yang bagaimanakah agaknya untuk kita menghadapi kemungkinan luar jangka di persekitaran kita? Pertama, yang paling jelas untuk kita semua adalah bersedia pada kehilangan. Apapun yang kita ada, harta, kenderaan, jentera, serta harta pelaburan dari segi teknologi mahupun kepakaran, bukanlah milik mutlak kita. Bila-bila masa dan dengan apapun cara, ianya mungkin akan pergi begitu saja. Pengajaran yang kedua adalah bersedia untuk saat-saat kecemasan. Saat kita dilanda musibah, apakah agaknya yang perlu kita lakukan terlebih dahulu? Sedih, terkejut dan bingung itu pasti ada. Namun berbeza kadar penerimaan bagi setiap seseorang yang sedang menghadapinya. Jika kesedihan, rasa terkejut dan bingung itu melepasi tahap selamat, dikhuatiri kekuatan dan pegangan diri kita akan terjejas. Ini akan menjadikan kita lemah (vulnerable), apa lagi jika ketika itu ada dugaan bertimpa. Pengajaran yang ketiga berkaitan tentang persediaan yang dibuat, sebelum berlakunya kemalangan atau musibah. Dalam konteks ini, persediaan itu adalah satu tanggungjawab. Tanyakanlah pada diri, apakah pekerjaan kita yang berkait tentang memberi persediaan kepada yang lain? Adakah kita menyedari betapa pentingnya ketelitian kita itu akan memastikan keselematan orang lain? Misalnya, individu yang menyediakan alatan atau membuat pemeriksaan kualiti sebelum kenderaan berangkat. Jika persediaan dibuat sebaik dan seteliti mungkin , terlepaslah kita dari bebanan kecuaian.