Amalan Perarakan Usungan dalam Masyarakat Pesisiran Sarawak
Amalan perarakan usungan/tandu merupakan suatu tradisi unik yang masih lagi diamalkan oleh masyarakat pesisir Sarawak. Perarakan yang dikenali sebagai usungan/tandu oleh masyarakat tempatan ini dijalankan semasa majlis khatam al-Quran. Ia merupakan tradisi untuk meraikan kejayaan anak-anak mer...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
USM
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/35218/2/abstract.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/35218/ http://web.usm.my/km/current.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Amalan perarakan usungan/tandu merupakan suatu tradisi unik yang masih lagi
diamalkan oleh masyarakat pesisir Sarawak. Perarakan yang dikenali sebagai
usungan/tandu oleh masyarakat tempatan ini dijalankan semasa majlis khatam
al-Quran. Ia merupakan tradisi untuk meraikan kejayaan anak-anak mereka yang
baharu sahaja menamatkan pengajian kitab suci al-Quran. Walau bagaimanapun,
tradisi ini hanya dijalankan di beberapa kawasan pesisir seperti daerah Kabong,
Belawai, Bintulu, Mukah dan Dalat yang masih lagi aktif mengamalkannya hingga
ke hari ini. Amalan yang melibatkan kemahiran tradisi yang tinggi ini kini berada
di ambang kepupusan. Keistimewaan amalan ini bukan hanya terletak kepada
praktisnya, bahkan ia juga mempunyai nilai estetika visual yang tinggi. Kaedah
yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual, pemerhatian dan cipta-sama bagi
membantu komuniti dalam penghasilan rekaan usungan/tandu. Usungan/tandu
direka mengikut keinginan dan permintaan anak-anak yang menyertai perarakan
ini. Antara bahan yang dijadikan inspirasi kepada rekaan tersebut ialah pesawat,
kereta, rumah, masjid, perahu, bunga dan ikan. Keistimewaan usungan/tandu ini
memberikan keseronokan dan perasaan yang menyeluruh terhadap karya seni.
Perkara ini agak membimbangkan kerana amalan ini semakin dilupakan dan
kebanyakan kawasan pesisir tidak mengamalkannya lagi. Bahkan tiada rekod
atau dokumentasi yang lengkap dan tepat dilakukan sebelum ini untuk rujukan.
Oleh itu, tujuan makalah ini dihasilkan adalah untuk memberi gambaran tentang
amalan usungan/tandu dan memaparkan beberapa rekaan usungan/tandu yang
telah direkodkan bagi tujuan rujukan pada masa akan datang serta penjelasan
tentang amalan unik ini. |
---|