UNSUR IRONI DALAM BAHASA KIASAN PUNJABI: ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF
Bahasa merupakan satu medium penyampaian yang berkesan dan sering digunakan oleh semua masyarakat. Dalam kajian ini bahasa yang difokuskan oleh pengkaji ialah bahasa Punjabi yang digunakan oleh masyarakat Sikh di Malaysia. Kajian ini bertujuan mengenal pasti unsur haiwan dalam bahasa kiasan Punjabi...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS)
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/34746/1/Balveen%20Kaur%20Sokhal%20ft.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/34746/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Bahasa merupakan satu medium penyampaian yang berkesan dan sering digunakan oleh semua masyarakat. Dalam kajian ini bahasa yang difokuskan oleh pengkaji ialah bahasa Punjabi yang digunakan oleh masyarakat Sikh di Malaysia. Kajian ini bertujuan mengenal pasti unsur haiwan dalam bahasa kiasan Punjabi melalui kacamata semantik inkuisitif dalam memperlihatkan akal budi orang Punjabi. Tumpuan analisis ini ialah pada kiasan yang menunjukkan unsur haiwan dengan memperlihatkan makna ironi di sebalik kiasan tersebut. Kajian berbentuk kualitatif iaitu kajian bersifat deskriptif ini mengaplikasikan teori semantik dengan kaedah inkuisitif yang merupakan gabungan di antara pemikiran kognitif dengan maklumat baru, akal budaya masyarakat Punjabi. Data kiasan Punjabi dikumpul melalui kaedah temu bual yang dijalankan oleh pengkaji kerana kiasan Punjabi belum lagi didokumentasikan. Hasil kajian mendapati budaya dan akal Punjabi dapat dikaitkan dengan kiasan tersebut. Ketersiratan makna kiasan yang mempunyai unsur haiwan jelas memperlihatkan falsafah masyarakat Punjabi. Kajian ini juga dapat membuktikan hubungan bahasa, masyarakat dan pemikiran dalam kiasan Punjabi berdasarkan pendekatan yang digunakan. Akal budi Punjabi dapat dilihat dengan jelas, pencungkilan makna dilakukan dengan kaedah yang sistematik dan saintifik. |
---|