KINECTIC STUDY & STATISTICAL MODELLING OF SARAWAK PEAT WATER ELECTROCOAGULATION SYSTEM

Penduduk di kawasan pedalaman di Sarawak terpaksa menggunakan air gambut sebagai kegunaan harian kerana bekalan air tidak mencukupi. Penggunaan air gambut yang tidak dirawat boleh membawa kepada pelbagai penyakit air seperti cirit-birit, dan penyakit serius lain seperti kepialu dan disentri. Oleh it...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
第一著者: NURHIDAYAH KUMAR, MUHAMMAD FIRDAUS KUMAR
フォーマット: Final Year Project Report
言語:English
English
出版事項: Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS) 2019
主題:
オンライン・アクセス:http://ir.unimas.my/id/eprint/34446/1/KINECTIC%20STUDY%20%26%20STATISTICAL%20MODELLING%20OF%20SARAWAK24pgs.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/34446/2/KINECTIC%20STUDY%20%26%20STATISTICAL%20MODELLING%20OF%20SARAWAKft.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/34446/
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Penduduk di kawasan pedalaman di Sarawak terpaksa menggunakan air gambut sebagai kegunaan harian kerana bekalan air tidak mencukupi. Penggunaan air gambut yang tidak dirawat boleh membawa kepada pelbagai penyakit air seperti cirit-birit, dan penyakit serius lain seperti kepialu dan disentri. Oleh itu, sistem rawatan air seperti sistem elektrokoagulasi dapat dibangunkan untuk meningkatkan mutu air gambut supaya dapat digunapakai oleh penduduk di pedalaman. Sistem elektrokoagulasi dipilih kerana tidak ada penggunaan koagulan kimia, hanya memerlukan peralatan yang dapat dioperasikan dengan mudah, dan kos yang efektif. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan kajian kinetik dan model statistik untuk proses electrokoagulasi rawatan air gambut di Sarawak. Fokus kajian ini adalah kepada rawatan air gambut menggunakan sistem electrokoagulasi. Sistem electrokoagulasi direka mengikut beberapa kriteria iaitu teknologi untuk pembinaan dan bahan yang digunakan untuk membina sistem electrokoagulasi mudah diperoleh, pembuatan yang mudah serta kos rendah untuk pembinaan dan operasi. Untuk kajian ini, Response Surface Methodology dalam perisian Minitab dan Microsoft Excel digunakan untuk kajian kinetik, model statistik, dan pengoptimuman proses. Pengoptimuman proses dijalankan untuk meminimumkan penggunaan tenaga dan kekeruhan air gambut. Keadaan optimum bagi sistem elektrokoagulasi kelompok adalah 14.899 A/m2 dan 41.818 minit dan sistem elektrokoagulasi terus adalah pada 3.861 A/m2 dan 37.778 minit.