Gallus gallus domesticus dan Paradoxurus hermaphroditus dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif

Penggunaan leksikal ayam (Gallus gallus domesticus) sebagai objek dan musang (Paradoxurus hermaphroditus) sebagai imej dalam peribahasa Melayu telah mempamerkan bahawasanya masyarakat Melayu pada zaman dahulu telah mengasimilasikan kejadian di alam sekeliling mereka dengan kehidupan seharian. Jelmaa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Zaid, Daud
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM 2018
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/28810/1/Muhammad%20Zaid%20Daud.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/28810/
https://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumanika/article/view/1379
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan leksikal ayam (Gallus gallus domesticus) sebagai objek dan musang (Paradoxurus hermaphroditus) sebagai imej dalam peribahasa Melayu telah mempamerkan bahawasanya masyarakat Melayu pada zaman dahulu telah mengasimilasikan kejadian di alam sekeliling mereka dengan kehidupan seharian. Jelmaan sikap haiwan tersebut telah dikiaskan dengan sikap atau kelakuan manusia ini dapat dilihat melalui makna harfiah peribahasa tersebut. Kajian ini akan mencungkil sebab pemilihan leksikal ayam dan musang dalam peribahasa Melayu melalui perseptif semantik inkuisitif oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Kajian berbentuk kualitatif ini akan menggunakan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (2016) susunan Abdullah Hussain sebagai pengumpulan data peribahasa Melayu. Sejumlah lima peribahasa Melayu yang berasosiasi dengan leksikal ayam dan musang telah dikesan dalam kamus ini. Seterusnya, pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) yang berpandukan data korpus di Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Malay Concordance Project (MCP) dilakukan. Analisis seperti ini mampu menghuraikan makna peribahasa Melayu tersebut sehingga ke akal budi penuturnya.