Tradisi Lisan Timang Gawai Kelingkang Nanga Dalam Masyarakat Iban Di Sarawak: Satu Penelitian Awal (Oral Traditional of Timang Gawai Kelingkang Nanga among Iban Community in Sarawak: Pliminery Observation)
Masyarakat Iban merupakan sebuah masyarakat yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan warisan. Tradisi lisan merupakan salah satu warisan yang harus diketengahkan oleh masyarakat Iban kepada masayarakat luar. Kebanyakan tradisi lisan yang digunakan dalam masyarakat Iban mempunyai tujuan dan fungsi y...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | E-Article |
Language: | English |
Published: |
Asian Scholars Network
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/28303/1/7464-1393-24618-1-10-20191211%20-%20Copy.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/28303/ http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/7464 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Masyarakat Iban merupakan sebuah masyarakat yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan warisan. Tradisi lisan merupakan salah satu warisan yang harus diketengahkan
oleh masyarakat Iban kepada masayarakat luar. Kebanyakan tradisi lisan yang digunakan dalam masyarakat Iban mempunyai tujuan dan fungsi yang tertentu seperti timang. Timang digunakan oleh individu tertentu dalam perlaksanaan gawai. Timang merupakan tradisi lisan
yang bersifat folklore. Oleh itu, timang hanya digunakan oleh masyarakat Iban dalam perlaksanaan gawai yang berkaitan dengan kepercayaan mereka seperti Gawai Kelingkang Nanga. Gawai Kelingkang Nanga merupakan sebuah gawai yang berstatus tertinggi di antara gawai yang lain dan berkait dengan keberanian lelaki Iban. Gawai tersebut hanya dapat dilaksanakan oleh individu yang telah mengetuai rombongan ngayau dan dikenali sebagai Tuai Kayau atau Tuai Serang. Dalam kajian ini, penyelidik lebih fokus dengan makna tersirat yang terdapat dalam leka timang Gawai Kelingkang Nanga dan kaedah pelestarian yang harus dititikberatkan bagi mengekalkan kewujudan leka timang tersebut. Selain itu, penyelidikan ini juga menerangkan secara ringkas kepentingan adat beburung
dalam kepercayaan masyarakat Iban semasa menjalankan ekspedisi ngayau. Hal ini bertujuan untuk generasi yang akan datang agar mengetahui tentang perayaan dan leka
timang Gawai Kelingkang Nanga. Penyelidikan ini memperoleh data terus daripada informan yang pakar dalam bidang tradisi lisan dan pengamal seperti lemambang. |
---|