Usungan dari Kabong ke ibu negara

Amalan perarakan Usungan di Majlis Khatamal Al-Quran merupakan satu tradisi turun temurun yang diamalkan oleh masyarakat Kabong, khususnya. Amalan yang unik ini tidak terdapat di negeri lain, ianya hanya terus dipraktikan oleh masyarakat pesisir di Sarawak dan daerah Kabong iltizam untuk meneruskan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Faizuan, Bin Mat
Format: Newspaper Cutting
Language:English
Published: Faculty of Applied and Creative Arts 2019
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/27178/1/70976439_559813358089616_1385178913474347008_o.jpg
http://ir.unimas.my/id/eprint/27178/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Amalan perarakan Usungan di Majlis Khatamal Al-Quran merupakan satu tradisi turun temurun yang diamalkan oleh masyarakat Kabong, khususnya. Amalan yang unik ini tidak terdapat di negeri lain, ianya hanya terus dipraktikan oleh masyarakat pesisir di Sarawak dan daerah Kabong iltizam untuk meneruskan amalan unik ini. Ini dibuktikan apabila anak jati Kabong, Encik Mohamad Faizuan Mat yang juga pensyarah di UNIMAS dan seniman lokal Sarawak telah membawa amalan Usungan ini ke Kuala Lumpur menerusi Pertandingan Bakat Muda Sezaman 2019 dengan karya yang bertajuk ‘The Parade of the Usungan’. Pertandingan dan pameran yang dianjurkan oleh Balai Seni Negara itu telah diadakan dari 6 Mei 2019 sehingga 6 September 2019 yang lalu merupakan landasan yang berprestij untuk amalan Usungan ini diketengahkan. Pertandingan Bakat Muda Sezaman 2019 merupakan pertandingan seni visual tertua di Asia Tenggara semenjak diadakan pada 1974 dan telah melahirkan ramai seniman terkemuka dalam bidang seni visual. Usungan merupakan amalan perarakan yang diadakan di Majlis Khatamal Al-Quran pada setiap tahun di Kabong ini dijalankan khas untuk meraikan kanak-kanak yang baru sahaja menamatkan pengajian Al-Quran mereka. Usungan direka dengan pelbagai bentuk yang tercetus dari keinginan kanak-kanak ini seperti bentuk kapal terbang, burung, sampan, flora dan fauna serta banyak lagi. Usaha membawa amalan Usungan ke pengetahuan umum seperti ini harus mendapat pujian kerana masih terdapat masyarakat di luar sana yang belum pernah kenal akan budaya unik ini. Sedikit sebanyak ianya mempromosikan keunikan Sarawak kepada umum. Kajian serta pameran yang telah dilakukan oleh Faizuan adalah di bawah Geran Nusantara 1656, IPB, UNIMAS dan juga telah mendapat sokongan daripada Wakil Rakyat N40 Kabong, Yang Berhormat Mohd Chee Kadir yang sedar akan keunikan dan nilai estetika yang ada pada amalan Usungan ini. Encik Mohd Chee Kadir berkata adalah menjadi tanggungjawab kita dalam memastikan tradisi dan amalan unik yang terdapat dalam masyarakat kita direkodkan dan dipromosikan kepada umum. Ini bagi memastikan kelestarian amalan dan tradisi ini dapat dinikmati oleh generasi masa hadapan. Kerancakkan pembangunan dan kecanggihan teknologi masa kini harus diiringi dengan usaha-usaha untuk mengekalkan dan memperkenalkan amalan dan tradisi yang semakin pupus. Faizuan yang sebelum ini juga telah mengadakan pameran khas Usungan di Saradise Kuching yang bertajuk Usungan: The Presentation of Innovation and Artistic Creation in Bonded Community, Kabong Art Exhibition, yang telah dirasmikan oleh Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Seni, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak pada Februari yang lalu telah membuka potensi dan peluang kepada penyelidik lain yang ingin terus memacu dan membangunkan amalan dan tradisi yang ada di Sarawak. Sebelum ini juga, karya video dokumentasi Usungan oleh Faizuan dan kumpulannya memenangi hadiah saguhati di pertandingan Sarawak More to Discover, Indie Video Competition anjuran Sarawak Tourism Federation.