Pengurusan harta intelek dalam proses rekabentuk perindustrian : satu kajian perbandingan organisasi berinovasi di Malaysia
Harta intelek merupakan satu pelaburan baru dalam mana-mana industri pembuatan produk berinovasi yang mempunyai nilai komersial tinggi. Penciplakan idea atau sistem sesuatu produk yang tidak berharta intelek akan merugikan kerana produk yang ditiru oleh sesebuah industri boleh dikeluarkan tanpa s...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS)
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/15257/1/Imran.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/15257/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Harta intelek merupakan satu pelaburan baru dalam mana-mana industri
pembuatan produk berinovasi yang mempunyai nilai komersial tinggi. Penciplakan idea
atau sistem sesuatu produk yang tidak berharta intelek akan merugikan kerana produk
yang ditiru oleh sesebuah industri boleh dikeluarkan tanpa sekatan dan perlindungan.
Fokus kajian ini bertujuan untuk melaksanakan pengurusan kegiatan Harta Intelek, dalam
harta industri secara bersepadu melalui agen penggerak seperti akademik, pengeluar dan
pengguna produk inovasi. Melalui perbandingan terhadap organisasi-organisasi ini,
penyelidik telah dapat mengenal pasti punca produk industri pembuatan (Reka Bentuk
Perindustrian) yang berinovasi, kurang menjalani proses memperolehi harta intelek dalam
bidang Reka Bentuk Perindustrian di Malaysia. Melalui analisis kepentingan Harta Intelek
(HI) ia dapat menghasilkan satu model teori mekanisme terancang dan berkesan bagi
menggerakkan aktiviti secara menyeluruh, baik di peringkat perancangan, pelaksanaan
mahupun penguatkuasaan. Kaedah triangulasi digunakan dalam kajian ini, walau
bagaimanapun kaedah kualitatif diutamakan. Kajian literatur dan kajian kes merangkumi
temu bual separa struktur dengan pihak pengurusan R&D (Penyelidikan dan
Pembangunan), Pereka dan profesional yang terlibat dalam penghasilan produk inovasi.
80 orang responden terlibat dalam kajian ini iaitu 20 daripada pihak pengurusan tertinggi
dan 60 orang dengan staf profesional. Kesemua dapatan yang diperolehi oleh penyelidik
berbentuk subjektif dianalisa secara deskriptif dan taakulan stastistik melalui SPSS
(Statistical Package for the Social Sciences) dan Microsoft Excel. Keputusan dapatan
sebenar membuktikan adanya potensi dalaman yang tidak dimanipulasi sepenuhnya.
Peranan setiap organisasi kajian perlu disepadukan di samping sokongan luaran
dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memantapkan perancangan strategik yang dicadangkan. Bagi kesahan cadangan model ini, ia diuji pula oleh 25 orang responden
yang benar-benar berpengalaman dalam pengurusan produk inovasi ini. Teori model
keduanya, telah mengesani titik temu item-item pengurusan yang bersifat implisit,
mahupun eksplisit. Teoretikal ia telah mengetengahkan satu model konsep ke dua bagi
penentu pemilihan pengurusan HI Reka Bentuk Perindustrian secara menyeluruh yang
kemudiannya dijadikan instrumen untuk meneliti pengurusan menentukan tindakan.
Praktikalnya pula dapatan kajian juga menunjukkan penjana semula ilmu melalui
pengurusan ini, yang akan memberi impak yang besar kepada organisasi-organisasi kajian,
menghasilkan Pengurusan Harta Intelek Reka Bentuk Perindustrian secara efektif dan
efisyen. |
---|