Assessing the water quality of Sibu Laut River and application of the wasp model in estimating carrying capacity
Sungai Sibu Laut merupakan sungai pasang surut yang penting di Kuching, Sarawak di mana ia membentuk sempadan barat Taman Negara Tanah Lembap Kuching (tapak Ramsar). Fiziko-kimia (kemasinan, suhu, pH, oksigen terlarut, kekeruhan, jumlah pepejal terlarut, konduktiviti, kelebaran, dan kedalaman) dan d...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS)
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/10921/2/Soo%20Chen%20Lin.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/10921/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sungai Sibu Laut merupakan sungai pasang surut yang penting di Kuching, Sarawak di mana ia membentuk sempadan barat Taman Negara Tanah Lembap Kuching (tapak Ramsar). Fiziko-kimia (kemasinan, suhu, pH, oksigen terlarut, kekeruhan, jumlah pepejal terlarut, konduktiviti, kelebaran, dan kedalaman) dan data kualiti air utama (klorofil-a, jumlah pepejal terampai, permintaan oksigen biokimia lima-hari, fosforus, nitrogen, jumlah logam, dan bakteria koliform najis) telah dikutip di sepanjang sungai untuk menentukan ciri-ciri kualiti air dan status semasa Sungai Sibu Laut. Seterusnya, model kualiti air WASP7.5 telah digunakan untuk mensimulasikan drodinamik, dinamik nutrien, fitoplankton dan koliform najis di sungai Sibu Laut. Status Sungai Sibu Laut adalah igotrof dan/atau mesotrof mengikut kepekatan klorofil-a dan jumlah fosforus, tetapi hipertrofik mengikut input jumlah nitrogen. Parameter kualiti air yang lain adalah dalam julat piawaian dan garis panduan kebangsaan dan/atau antarabangsa kecuali stesen yang terletak di anak sungai kecil pengambilan efluen udang ladang semasa penuaian. Model kualiti air telah berjaya ditentukur dan ditentusah dengan data kerja lapangan untuk mensimulasikan kualiti air Sungai Sibu Laut. Pengurusan senario Sungai Sibu Laut
menunjukkan bahawa klorofil-a merupakan parameter yang paling dipengaruhi oleh perubahan muatan ladang udang. Keupayaan muatan Sungai Sibu Laut adalah 4.1 x 103 –
2.9 x 104 kg chl-a/hari, 8.5 x 104 – 2.5 x 105 kg NH4
+-N/hari, 4.0 x 102 – 4.0 x 103 kg IP/hari, and 9.1 x 106 – 3.2 x 107 kCount FC m3/hari di mana ia dapat digunakan sebagai rujukan oleh autoriti untuk membuat keputusan dalam pengurusan sungai pada masa hadapan. |
---|