Promosi pelancongan dalam negara: Satu tinjauan sikap di kalangan masyarakat cina bandaraya Kuching, Sarawak

Kajian im membabitkan tinjauan ke atas keberkesanan promosi pelancongan dalam negara yang dilakukan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) di kalangan masyarakat Cina bandaraya Kuching. Untuk kajian ini, keberkesanan adalah dilihat dari segi kognitif (pengetahuan), afektif (minat) d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lee, Siew Le
Format: Final Year Project Report
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS) 1997
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/10056/2/Lee%20Siew%20Le.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/10056/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian im membabitkan tinjauan ke atas keberkesanan promosi pelancongan dalam negara yang dilakukan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) di kalangan masyarakat Cina bandaraya Kuching. Untuk kajian ini, keberkesanan adalah dilihat dari segi kognitif (pengetahuan), afektif (minat) dan konatif (tindakan). Kajian yang dilakukan di sekitar bandaraya Kuching ini membabitkan seramai 135 orang responden yang dipilih melalui persampelan rawak bertujuan. Kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Sebanyak enam andaian dibentuk dan diuji dengan menggunakan ujian khi kuasa dua. Hasil kajian, menunjukkan promosi pelancongan dalam negara berjaya membentuk pengetahuan, minat dan tindakan responden untuk melancong dalam negara. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa media elektronik (televisyen) adalah berkesan untuk menyampaikan pengetahuan promosi pelancongan dalam negara dan ia banyak dirujuk oleh responden untuk mendapatkan maklumat lanjut.