Kerjasama dalam Pengurusan Koperasi sekolah: Kajian kes ke atas Sekolah Menengah Kerajaan Penrissen No.1 Berhad

Satu kajian ke atas koperasi SMK Penrissen No. 1 Kuching telah dibuat untuk meninjau sejauhmana anggota berkerjasama menguruskan koperasi. Tahap kerjasama diukur berdasarkan tahap penglibatan anggota dalam koperasi, tahap sumbangan, darjah kefahaman dan kesetiaan anggota dalam koperasi. Selain it...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nancy, Ak Mongin
Format: Final Year Project Report
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS) 1997
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/10047/13/Nancy.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/10047/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Satu kajian ke atas koperasi SMK Penrissen No. 1 Kuching telah dibuat untuk meninjau sejauhmana anggota berkerjasama menguruskan koperasi. Tahap kerjasama diukur berdasarkan tahap penglibatan anggota dalam koperasi, tahap sumbangan, darjah kefahaman dan kesetiaan anggota dalam koperasi. Selain itu, kajian ini juga mengenalpasti masalah-masalah yang berlaku dalam koperasi. Seramai 186 orang responden telah dipilih untuk kajian ini. Alat penyelidikan yang digunakan ialah soal selidik dan temubual. Persampelan yang digunakan ialah persampelan rawak mudah. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan statistik mudah. Hasil kajian mendapati kerjasama antara anggota dengan anggota, anggota dengan pemimpin, antara pemimpin dengan pemimpin dalam koperasi koperasi amat kurang. Antara sebabsebabnya ialah bilangan anggota terlalu ramai, guru-guru yang bertanggungjawab terhadap koperasi sekolah terlalu sibuk dengan tugas utama di sekolah, manakala pelajar sekolah pula sibuk dengan tugasan sekolah, kurang kemahiran yang dimiliki oleh guru-guru dan murid yang terlibat dalam koperasi, kurang pendedahan tentang koperasi kepada pelajar menyebabkan pelajar kurang faham tentang prinsip berkoperasi serta tidak berminat terlibat. Akibatnya banyak aktiviti tidak dapat dijalankan, penglibatandansumbangananggota juga pada tahap rendah. Sehubungan dengan itu, 82.2 % responden mengatakan mereka tidak mendapat apa-apa faedah daripada koperasi. seramai 72.8% responden mengatakan mereka sanggup memberikan kerjasama jika keadaan dapat dibaiki. Oleh yang demikian, beberapa cadangan dikemukan untuk diambil perhatian oleh pihak-pihak yang terlibat di dalam gerakan koperasi sekolah. Jestru itu, tindakan sergera perlu diambil jika ingin melihat gerakan koperasi sekolah mencapai matlamatnya.